Thursday, November 25, 2010

Si Dia Datang Lagi...

Kawan: Farhan, si dia datang lagi minggu ni..

Aku: Biarlah.. Bukan kali pertama.. Dan mungkin juga bukan untuk kali terakhir.. Pengikut dan peminatnya ramai di sini.

Kawan: Takkan kita berdiam diri je...

Aku: Diam tak bererti tak buat apa-apa. Yang penting, kita paparkan as-Sunnah di dalam kehidupan kita, khususnya di dalam akhlaq dan muamalah kita. Juga, janganlah kita cepat melatah dan cepat menghukum orang.

Aku: Ingatlah.. Ahlus Sunnah paling mengetahui haq dan paling bersifat rahmah sesama makhluk.

(Facebook, Selasa, 23 November 2010, 1.42 ptg)

===================================

Sudahkah kita memahami as-Sunnah? Apakah kita beranggapan as-Sunnah adalah dengan memakai seluar separuh betis, menyimpan janggut panjang segenggam, bersedekap tangan di atas dada (di dalam shalat), dan tahrik (menggerak-gerakkan jari) di dalam tasyahhud?

[Apakah hal-hal tersebut ciri-ciri yang mesti ada pada Ahlus Sunnah? Seakan-akan ianya "madzhab fiqh" yang mesti diikut? (Bunyinya sahaja dah taqlid, lalu bagaimana mungkin mendakwa ittiba' as-Sunnah?) Atau hal-hal tersebut masih terangkum dalam masalah khilafiyah?]

Sebagaimana Islam, as-Sunnah adalah cara hidup yang menyeluruh. Tiada ertinya mengaku pejuang Sunnah dan melakukan perkara-perkara di atas sekiranya akhlaq dan muamalah kita tidak menuruti as-Sunnah.

[Dan Imam al-Barbahari berkata di awal kitabnya Syarhus Sunnah, "Ketahuilah bahawa sesungguhnya Islam adalah as-Sunnah, dan as-Sunnah adalah Islam; tidak tegak salah satu daripadanya melainkan dengan yang lainnya."]

(Facebook, Rabu, 24 November 2010, 1.35pg, dengan sedikit ubah-suai. Kata-kata dalam kurungan merupakan tambahan.)

Amal Shalih adalah taufiq dan hidayah dariNya

Terjaga pada pukul 5.20 pagi. Tak rasa macam aku tidur. Sepanjang tidurku terganggu.

Yang paling jelas, ada makhluk memelukku dari belakang semasa tidur! Aku baca ta'awwudz lalu menyembuh ke kiri tiga kali. Sambil terbaring, terdengar suara hembusan di dalam bilik!

Ya Allah...

Terlintas di fikiran bahawa Ayat al-Kursi pun tidak berkesan, tak guna dibaca sebelum tidur.

Sehingga...


Aku terbaca post seorang teman di Facebook. Dia menyebutkan bahawa ketaatan dan amal shalih terasa berat untuk dikerjakan kerana ianya tidak disukai hawa nafsu. Amal shalih itu adalah taufiq dan hidayah dari Allah subhanahu wa ta'ala.

SubhanakAllahumma wa bihamdika, Allahummaghfirli.. Rasanya aku terpedaya awal tadi. Awalnya sebelum tidur aku merasa lega kerana malam ini badanku terasa "ringan". Dan aku gembira dapat membaca al-Qur'an seperti biasa.

Barangkali aku lalai, aku lupa mensyukuri Rabb al-'Alamin bahawa amal shalih dengan taufiq dan hidayah dariNya. Perlindungan itu adalah denganNya, bukan dengan amalan kita.

Astaghfirullah wa atubu ilaih..  

Bismillahi arqi nafsi, min kulli syai'in yu.dzini, wa min syarri kulli nafsin au 'ainin hasid, Allahu yasyfini, Bismillahi arqi nafsi.

(Update dari Facebook, 23 November 2010, dengan sedikit ubah-suai.)

Iktibar dari Penubuhan Kerajaan Arab Saudi

Kepimpinan & pentadbiran negara diserahkan kepada keluarga As-Saud. Tanggungjawab hal ehwal agama diserahkan kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan murid-muridnya. Yakni, sesuatu urusan diserahkan kepada ahlinya.

Barangkali sebahagian masjid-masjid di Singapura perlu menerapkan konsep ini agar pentadbirannya cemerlang, program agama dan dakwah terpandu dengan baik.

(Update dari Facebook, 22 November 2010.)

Friday, November 19, 2010

Keagungan Takbir (Sempena Eidul Adha)

Bertakbirlah mengagungkan Tuhanmu
Bertakbirlah memuji dan mengesakanNya
Hingga jiwa kerdil merasa kebesaranNya
Meningkat ketaqwaan dan kepatuhan kepadaNya
Berlarilah syaitan-syaitan jengkel ketakutan
Terbatallah makar-makar tukang sihir yang kedengkian
Bertakbirlah wahai orang-orang yang beriman


(c) Ibn Shamsud-Deen
17112010

Khutbah Eid Syeikh as-Sudais

Intipati khutbah Eid yg disampaikan Syeikh Sudais:

Kepentingan Wasitiyah (kesederhanaan) dan Tawazun (keseimbangan), berdasarkan manhaj nubuwwah.

Tuesday, November 02, 2010

Dikau yang dimuliakan

Meninggalkan keluarga tersayang
Teman-teman yang kan selalu dikenang
Demi merantau ke negeri orang
Mencari ilmu yang luas terbentang
Menuntut dari ulama yang terbilang
Tingginya nilai thalibul 'ilm tak terpandang
Pengorbanannya bukan senang

Adapun kita org jalanan
"Penuntut sambilan"
Diri jangan terlampau dimuliakan
Lebih dari kenyataan

Dan aku persembahkan
Ini sajak kecil nilaian
Kepada mereka yang berkorban
Demi ilmu yang didahagakan
Demi agama yang menjadi pegangan
Dikaulah thalibul 'ilm yang dimuliakan
Tak mungkin daku seperti kalian
Hanya dapat aku cintakan

(c) Ibn Shamsud-Deen
021110

Monday, October 04, 2010

Djamal Tukimin: Sasterawan Yang Tidak Dikenali?

Djamal Tukimin seorang sasterawan kelahiran Singapura. Namun, tidak pernah aku mengenalinya kecuali melalui sebuah profil yang pernah tersiar di akhbar Berita Harian beberapa ketika lalu.

Ada semacam tarikan pada dirinya tetapi aku tidak pasti apa ketika itu.Yang biasa aku baca adalah seperti Peter Augustine Goh dan Suratman Markasan. Oh, dan ada kalanya Mahsuri SN dan beberapa penulis lain yang kurang ku kenali.

Novel "Imam Menziarahi Tanah Bonda" (Buku 1) adalah karya Djamal Tukimin yang pertama ku ketemui.Tidak pernah aku terserempak dengan karyanya sebelum ini.

Aku amat tertarik apabila aku terlihat novel ini dijual di Salaam Media. Yang menarik lagi adalah penyifatan "Sebuah Novel "Salafi"" yang tertera di kulit mukanya.

Mungkin kerana aku pernah menisbahkan diri sebagai Salafi, ataupun kecenderunganku pada fahaman tersebut yang juga dikenali sebagai "kaum muda", yang membuatku tertarik untuk membeli dan membaca novel ini.

Aku bangga menganggap diriku sebagai seorang pelajar Sastera Melayu, walaupun sekadar mempelajarinya di peringkat sekolah menengah. Namun, tidak mungkin aku menganggap diriku sebagai ahli, tidak pula sebagai pelajar yang setara dengan mereka yang menuntut di universiti. Ianya lebih sekadar minat dan kegemaran semata-mata.

Persoalan yang ingin aku utarakan di sini adalah penyifatan genre Islami sebagai "genre Sufisme". Begitulah yang aku pelajari dulu. Hingga kini aku menganggapnya sebagai suatu penyifatan kurang wajar kerana "genre Sufisme" itu barangkali suatu genre yang jauh lebih khusus berbanding tulisan-tulisan Islami yang lain.

Tulisan yang berisikan unsur-unsur Sufisme seperti falsafah Jalaludin Rumi dan Hamzah Fansuri memang wajar disifatkan sebagai "genre Sufisme". Namun, tulisan yang bertemakan Islam tetapi langsung tiada unsur Sufisme, bagiku tidak wajar disifatkan sebagai tulisan "genre Sufisme".

Penulis seperti Djamal Tukimin dan Prof Hamka tidak mungkin dan wajar disifatkan sebagai penulis "genre Sufisme" kerana mereka tidak berpegang kepada fahaman Sufisme, sejauh pengetahuanku. Penyifatan itu lantas tidak adil bagi mereka.

Barangkali istilah "genre Sufisme" muncul disebabkan kuatnya pengaruh tasawwuf/Sufisme di dalam penulisan sastera, khususnya Jalaludin Rumi dan Hamzah Fansuri.

Namun, aku lihat perlunya digariskan perbezaan antara tulisan bertemakan Islam dan "genre Sufisme". Bagiku, karya Djamal Tukimin dan Prof Hamka mengukuhkan keperluan ini, untuk mengelakkan kekeliruan dan kesamaran.

Kembali kepada pembicaraan ketokohan Djamal Tukimin, aku difahamkan oleh Encik Abdul Kader dan temannya di Salaam Media bahawa novel "Imam Menziarahi Tanah Bonda" ini laris dijual di Perlis. Namun, menurut teman Encik Kader, ianya tidak mendapat sambutang di Singapura.

Aku mengatakan bahawa hanya mereka yang mempelajari Sastera Melayu yang akan mengenalinya. Hmm, kini aku terfikir, benarkah? Sejauh mana kebenarannya? Mungkin kenalan yang mendalami Sastera Melayu di peringkat universiti boleh mengongsi pandangan dan meluruskan kefahamanku.

[Mungkin juga kerana mereka yang menisbahkan diri sebagai "Salafi" atau "orang Sunnah" tidak minat membaca novel atau bahan sastera.]

Aku mengatakan kepada diriku, barangkali ini novel "Salafi" yang pertama yang aku akan baca. Benar, ianya berlatarkan suasana kampung di Singapura pada tahun 30an ke 40an, serta perkembangan da'wah "kaum muda" di Singapura. Da'wah Salafi di Singapura pada tahun 40an? Benar!

Siapa sangka? Sebahagian Salafi di Singapura menganggap Da'wah Salafi di Singapura merupakan perkembangan yang "terkini" dengan bertambahnya bilangan pelajar tempatan yang lulus dari Universiti Islam Madinah. Paling-paling pun ada anggapan bahawa ianya bermula di sini setelah pulangnya lulusan Madnah yang pertama (walaupun fakta ini kurang diketahui di kalangan Salafi) atau  (yang lebih masyhur) setelah pulangnya seorang lulusan Universiti Ummul Qura.

Ternyata tidak. Djamal Tukimin membuktikannya di dalam novel tersebut. Walaupun cerita rekaan, namun pasti ianya berlatarkan keadaan yang benar-benar terjadi.

Tidaklah aku sangka adanya sasterawan tempatan yang sefahaman dengan Prof Hamka. Mungkinkah keilmuan Djamal Tukimin dalam ilmu agama setaraf dengan Prof Hamka? Aku tidak pasti.

Yang pasti, Djamal Tukimin memaparkan dirinya sebagai seorang yang memiliki ilmu yang mantap berkenaan fahaman "kaum muda" sekaligus seorang sasterawan.

Tidaklah keterlaluan rasanya kalau Djamal Tukimin disifatkan sebagai "Hamka Singapura".

Hanya saja masyarakat tempatan masih belum atau kurang mengenali Djamal Tukimin...

Oleh: Ibn Shamsud-Deen, 031010

Ulasan Novel "Imam Menziarahi Tanah Bonda" (buku 1)

(Sebuah Novel "Salafi" oleh Djamal Tukimin)

"Imam Menziarahi Tanah Bonda" (Buku 1) mengisahkan anak muda bernama Samaun yang pulang ke Kampung Tempe setelah 10 tahun menghilang. Samaun yang dahulunya terkenal dengan tabiatnya memikat burung kini bergelar "ustaz". Ternyata semasa "kehilangannya" Samaun menuntut ilmu agama di sebuah madrasah yang dipengaruhi gerakan da'wah Muhammadiyah yang sering dilabel sebagai membawa fahaman "kaum muda".

Kepulangan Samaun mengukuhkan lagi usaha da'wah Pak Kasman, seorang pendatang Jawa yang berusaha membangunkan kembali masjid usang yang dibangunkan arwah datuk Samaun, Haji Ramli.
Samaun dan Pak Kasman rupanya sefahaman, bersama berganding bahu membangunkan masjid peninggalan Haji Ramli sebagai pusat da'wah, tajdid dan islah di tengah-tengah masyarakat yang semakin jauh dari agama, apatah lagi dari pemahaman agama yang murni yang mengembalikan masyarakat kepada al-Quran dan as-Sunnah berdasarkan pemahaman Salafus Shalih.

Cabaran dan rintangan lumrah dalam liku-liku da'wah, termasuklah tuduhan "Wahabi' dan ajaran sesat.

Ikutilah perkembangan da'wah Pak Kasan dan Samaun melalui tulisan Djamal Tukimin, gerakan da'wah "kaum muda" berlatarkan suasana kampung di Singapura.

Pembaca pasti akan menanti-nantikan perkembangan lanjut pada buku 2...

Oleh: Ibn Shamsud-Deen, 031010


Pengenalan Ringkas Djamal Tukimin
(Tukilan dari kulit muka belakang novel "Imam Menziarahi Tanah Bonda" (Buku 1))

Djamal Tukimin dilahirkan di Geylang Serai, Singapura pada 20 Oktober 1946. Penglibatannya dalam sastera Melayu ketika beliau menyertai peraduan menulis cerpen sempena Bulan Bahasa Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan Singapura pada tahun 1963. Cerpen tersebut memenangi hadiah pertama dan dimuatkan dalam majalah Suara Belia terbitan 4PM (1963). Selepas itu Djamal sering memenangi peraduan baca dan menulis puisi (sajak).

Ketika ni, beliau banyak memberi ceramah, menjalankan kursus sastera dan banyak menulis kertas-kerja terutama bidang sastera dan teater di samping budaya dan agama, sama ada di dalam mahupun di luar negeri.

Thursday, September 16, 2010

Fenomena Masjid Yang Sunyi...

Masjid yang sunyi
Kurang yang menghadiri
Solat lima kali sehari
Andai penuh satu atau dua saf
"Masha-Allah, boleh kena loteri"

Masuknya Ramadhan
Berduyun-duyun "jemaah" membanjiri
"Masha-Allah, semangat ini.."
Namun
Lapan rakaat pun berlalu
"Subhanallah! Separuh dah pergi.."

10 malam telah berlalu
Hanya separuh dewan terpenuhi
"Aduhai apa nak jadi
Tengoklah nanti
3/4 akan pergi.."

Separuh Ramadhan telah berlalu
Terasa lemah masjid ini
Jemaah yang menghadiri
Hanya 1/3 dewan terpenuhi
"Mana jemaah? Mana jemaah?"
Terdengar MMB 'berbunyi'
Terdetik di hati ingin bersuara
"Podah.. kau tu apa kurangnya?
Seringkali kau tiada.."
Tak mengapa, bersabarlah
Sesungguhnya aku berpuasa

Lalu dijemput Ustaz TM Fouzy
Berduyun-duyun "jemaah" membanjiri
MMB tersenyum kembali
"Dah kembanglah tu.."
Kata budak muda masa kini
Tentulah.. hati pun dah berkata
"Duit masuk.. duit masuk.."

Wartawan dipanggil turun
"Liputan berita woi, ini satu kejayaan!"
"Lebih 400 jemaah kedatangan
Dari timur, barat, utara dan selatan!"

Wahai Tuan Naib-Pengerusi
Senang benar anda tersenyum
Cepat benar anda bergembira
Apakah benar "kejayaan"
Atau kemenangan sementara?
"Jemaah" yang hadir
Jemaah kita atau jemaah mereka?

Takbir bergema di pagi Jum'ah
Menjelma Syawal yang mulia
Sayangnya aku tiada di sana
Tak dapatlah aku nak berkata

Hari keempat aku mendatangi
Bersolat berjemaah yang biasa ku lazimi
Kini giliranku bertanya
"Mana jemaah? Mana jemaah?
Yang kamu heboh-hebohkan
Di manakah mereka?"
Jangankan satu
Separuh saf pun tak terpenuhi
Masjid lemah kembali
Imam dan bilal, semangat pun pergi
"Apa yang nak dikeluhi?
Saban tahun kan memang begini
Inikan lagi
Kelas-kelas agama hanya kan bermula
Sebulan lagi.."

"Eh ape dah?
Inikah cara tarik jemaah?
Anda yang merencana
Anda yang menghancurkannya!"

Itulah, wahai Tuan Naib-Pengerusi
Cepat bergembira, cepat puas hati
Sedangkan adakah engkau sedari
Atau engkau cuba menafi
Hakikat sebenar fenomena
Fenomena masjid yang sunyi..

(c) Ibn Shamsud-Deen
16092010

Wednesday, September 08, 2010

Bacaan Yassin di Qubur?

[Berikut adalah perbincangan dengan seorang teman. Disklaimer: Saya bukan Ustaz. :)]

Soalan:
Kalau kita menziarahi kubur, apakah perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Adakah boleh membaca Yassin dan sebagainya? Minta penjelasan anda. Terima kasih!


Jawapan:

Pertama sekali, memandangkan konteks masa (nak menjelang Raya), perlu dijelaskan bahawa tiada Sunnahnya utk menziarah kubur di pagi Raya.. Hari Raya hari bergembira, bukan hari bersedih.

[Rujuk: http://drmaza.com/home/?p=1220#more-1220]

[Nota: kalau gitu, bermaafan sampai bernangis2 pun rasanya tak sesuai di pagi raya.. Hari Raya bukan Hari Kemaafan (tu definisi Melayu).. tak perlu tunggu Raya utk bermaafan.. sebaliknya bulan Ramadhan lah yg terbaik utk bermaafan.. wallahu a'lam]

Kedua, yang disunnahkan adalah utk mendoakan SETIAP ahli qubur, bukan ahli keluarga kita yg telah meninggal sahaja.

[Rujuk: http://www.makedua.com/display_dua.php?sectionid=56]

Ketiga, memperingati mati ketika berziarah kubur, kerana itulah tujuan utamanya.

- "setiap jiwa akan merasakan kematian"
- "dari tanah kita diciptakan, ke dalam tanah kita akan dikembalikan"
- "sesungguhnya dari Allah kita datang, kepadaNya kita kan kembali"

Memandangkan kita telah pun mendoakan setiap ahli qubur, maka tak perlulah bacakan Yasin atau al-Fatihah.

[Renungkanlah.. doa yg Nabi saw ajarkan meliputi setiap ahli qubur.. tetapi bila kita nak "bacakan/hadiahkan" Al-fatihah ataupun Yasin, kita bacakan di sisi qubur ahli keluarga kita, yakni utk ahli keluarga kita je.. tak kah selfish namanya?]

Kalau kita nak juga bacakan Yasin atau al-Fatihah, perlu ambil kira beberapa perkara:

1) Imam al-Syafi'i dan rata2 ulama mazhab Syafi'i berpendapat pahala bacaan al-Qur'an tidak akan sampai kepada si mati. Boleh rujuk kitab Tafsir Ibnu Kathir, surah an-Najm, ayat 58 jika tak silap.

2) Kalau kita nak ikut pendapat ulama yang membolehkannya sekalipun (yakni yg mengatakan pahala bacaan tersebut sampai kepada si mati), spt pendapat mazhab Hanafi, satu pendapat daripada Imam Ibn Taimiyyah dan segelintir ulama Saudi spt Sheikh al-Bassam, perlu kita ketahui:

a) tiada seorang pun di kalangan ulama tersebut yang mengkhususkan agar dibaca surah al-Fatihah ataupun surah Yasin.

b) mereka tidak menyuruh agar dibaca di quburan atau di sisi qubur. [Mungkin agar quburan tidak dijadikan tempat ibadah.] Membaca Quran di quburan tiada contoh dari Nabi saw mahupun para Sahabat, maka dikhuatiri menjadi bid'ah.

Makanya, kalau nak pakai pendapat ini sekalipun, bolehlah diamalkan di rumah atau di masjid secara sendirian. (yakni dlm kita mengaji Quran, boleh niatkan sekali agar pahala dihadiahkan kpd si mati.)

c) walau apa pun, pendapat ini adalah berdasarkan qiyas dan hujjah tertentu, namun tetap tiada contoh dari Nabi saw mahupun para Sahabat ridhwanullah 'alaihim.

Wallahu a'lam

Sunday, August 29, 2010

Sunday, August 08, 2010

Pelbagai Jenis "Salafi"

Dalam perbincangan dengan Akh Faisal Ayub tentang bagaimana sebahagian masyarakat mudah menepis pandangan Dr Asri (mantan Mufti Perlis) hanya kerana beliau dilabel "Wahhabi", saya turut mengongsi pengalaman bagaimana saya sendiri menjadi mangsa stereotype Wahhabi hanya kerana saya menisbahkan diri kepada manhaj Salaf.

Pelbagai jenis salah-tanggapan yang perlu dihadapi. Namun, yang paling berat adalah tanggapan bahawa pengganas seperti Al-Qaeda dan JI adalah Wahhabi/Salafi (mungkin kerana ada di kalangan mereka yang mengaku demikian), lantas disamakan semua Salafi/Wahhabi seperti mereka (Al-Qaeda dan JI).

Ingin saya sarankan agar dibaca beberapa tulisan Ustaz Muhammad Haniff Hassan di laman Multiply beliau, di mana beliau pernah mengulas tentang pelbagai jenis "Salafi".

Berikut ini, saya adaptasikan dari apa yang beliau senaraikan berserta beberapa tambahan dari diri saya sendiri, berdasarkan pengamatan dan pemahaman diri saya yang kerdil ini:

1) Salafi-Jihadi: inilah militan-militan Islam seperti Al-Qaeda dan JI, juga kumpulan-kumpulan "Salafi" yang militan seperti di Somalia dan Algeria.

Adakalanya digelarkan juga ataupun terkait dengan "Salafi-Takfiri" yang mengkafirkan Muslimin lain yang tidak sependapat dengan mereka.

Antara dasar pegangan golongan ini adalah pemisahan "Tauhid al-Hakimiyyah" sebagai satu kategori dalam memahami Tauhid, yang menyebabkan mereka mengkafirkan ramai pemimpin Muslim.

2) Salafi-Takfiri: seperti penjelasan di atas.

3) Salafi-Ikhwani: istilah ini pertama kali saya dengar dari seorang akh di Malaysia. Mereka mengaku bermanhaj Salaf, namun kuat juga menyokong gerakan Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna rahimahullah.

Ada yang menisbahkan Dr Asri kepada "Salafi-Ikhwani". Akan tetapi, saya secara peribadi tidak berani mengatakan sedemikian. Ini adalah kerana mengagumi gerakan Ikhwanul Muslimin dan perjuangannya tidak bererti menjadikan seseorang "bermanhaj Ikhwani" kerana ia perlu pada perincian.

Ada pula istilah "Salafi-Qutbi". Yakni mereka yang kuat terpengaruh dengan fahaman Sayyid Qutb. [Cendekiawan Barat, Karen Armstrong, ditukil di dalam buku "The Wahhabi Myth" sebagai berkata bahawa adalah kesilapan besar untuk menyifatkan pengganas Muslim sebagai Wahhabi. Beliau mengatakan adalah lebih wajar menyifatkan pengganas Muslim sebagai Qutbi kerana kuatnya pengaruh dari fahaman Sayyid Qutb. Wallahu a'lam.]

Pada pandangan saya, "Salafi-Qutbi" tergolong bersama "Salafi-Ikhwani", malah lebih condong kepada "Salafi-Jihadi". [Memang pelik kerana Sayyid Qutb tidak pernah dikenali sebagai seorang yang bermanhaj Salaf.]

4) Salafi-Saudi: mereka yang menisbahkan diri sebagai "Salafi" (atau bermanhaj Salaf) dan banyak merujuk kepada ulama-ulama Saudi.

5) Salafi-Jordani: mereka yang menisbahkan diri sebagai "Salafi" (atau bermanhaj Salaf) dan banyak merujuk kepada "Masyayikh Jordan" (yakni, murid-murid Syeikh al-Albani), seperti Syeikh Ali Hasan al-Halabi, Syeikh Salim 'Ied al-Hilali dan Syeikh Muhammad Musa Nasr hafizhahummullah.

Kadangkala mereka digelar "Albaniyyun" kerana "terikut" dengan manhaj/"madzhab" Syeikh al-Albani, walaupun murid-murid Syeikh al-Albani tidak pernah menisbahkan diri mereka sebagai "Albaniyyun".

Pernah dalam menukil kata-kata/fatwa Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah, Syeikh al-Albani rahimahullah berkata, "Akan tetapi, kami bukan Albaniyyun." Dan murid-muridnya pula menjawab, "Dan kami juga bukan Albaniyyun."

6) Salafi-Madkhali: mereka yang menisbahkan diri sebagai "Salafi" (atau bermanhaj Salaf) tetapi hakikatnya "mengidolakan" Syeikh Rabi' bin Hadi al-Madkhali hafizhahullah, sering merujuk kepada beliau dan beberapa syuyukh lain, terutama sekali dalam menghukum orang lain sebagai "bukan Salafi", "terkeluar dari manhaj", mempertikaikan manhaj orang lain.

Adapun Dr Tariq Ramadan pernah menghuraikan sendiri Salafi/Wahhabi sebagai:

a) Salafi: merujuk kepada mereka yang berfahaman tradisional, juga turut reformis seperti Syeikh Rasyid Ridha.

b) Wahhabi: merujuk kepada ulama-ulama Saudi seperti Syeikh Bin Baz dan Syeikh Utsaimin, juga Syeikh al-Albani.

c) Salafabi: merujuk kepada "gabungan" antara Salafi dan Wahhabi yang menghasilkan satu golongan sendiri yang mengambil haluan militan, yakni merujuk kepada Osama bin Laden, al-Qaeda dan kuncu-kuncunya.

Wallahu a'lam

Friday, August 06, 2010

Manhaj Salaf...

Manhaj Salaf bukanlah "madzhab" (seperti madzhab fiqh) di mana seseorang itu mesti berpegang kepada pendapat-pendapat tertentu, sehinggakan jika seseorang tidak mengikut sesuatu pendapat tersebut, maka beliau telah "lari" dari manhaj Salaf ataupun "dipertikaikan" manhajnya ataupun "bukan lagi Salafi" ataupun "masybuhat".

Manhaj Salaf adalah manhaj ilmu. Manhaj yang berlandaskan ilmu dan adab.

Dan hak ilmu adalah untuk disampaikan. Dan kewajipan orang yang berilmu adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan ilmunya.

Ia bukanlah manhaj yang menghukum atau mencari-cari kesalahan orang lain.

Ia bukan juga manhaj yang menyisihkan diri dan menyelisihi orang lain.

Ia seharusnya manhaj yang menyatukan umat Muhammad shallAllahu 'alaihi wa sallam di bawah panji-panji La ilaha illAllah, Muhammad Rasulullah.

Dan saya akhiri tulisan ringkas ini dengan kata-kata Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah:

"Ahlus Sunnah paling mengetahui haq (kebenaran) dan paling (bersikap) rahmah terhadap makhluk."

Wallahu a'lam

Sunday, August 01, 2010

Kurang & ramai.. Kerana dunia & bukan kerana Allah..

Kata ‘Abd Allah bin Mas’ud r.a:
“Apa akan terjadi kepada kamu nanti apabila fitnah (penyelewengan) membaluti kamu. Anak kecil membesar dalamnya, yang dewasa pula telah tua bersamanya, lalu fitnah dijadikan sunnah (kebiasaan) sehingga jika ia diubah maka dikatakan “ini tindakan yang munkar”. Ditanya beliau: “Bilakah hal itu akan terjadi?”. Jawabnya: “Apabila kurangnya mereka yang amanah dalam kalangan kamu, tetapi ramainya pemimpin (orang politik) kamu, kurangnya mereka yang faqih (memahami hakikat Islam) dalam kalangan kamu tetapi ramainya pembaca al-Quran, dan dipelajari ilmu bukan kerana agama (Allah) serta dicari dunia dengan amalan akhirat” (Riwayat ‘Abd al-Razzaq- lihat: al-Albani, Sahih al-Targhib wa al-Tarhib, 1/26).

Thursday, July 08, 2010

Worship is ...

Shaykhul-Islaam Ibn Taymiyyah (d. 728H) - rahimahullaah - said:

"Worship (al-'Ibaadah) is obedience to Allaah by following that which He ordered upon the tongues of His Messengers."

He also said:

"Worship (al-'Ibaadah) is a comprehensive term covering everything that Allaah loves and is pleased with - whether saying or actions, outward and inward."

[Majmoo' al-Fataawaa (10/149) of Ibn Taymiyyah]

Friday, June 25, 2010

Wahhabi, Wahhabi, Wahhabi

Wahhabi, Wahhabi, Wahhabi

Tidak berqunut Subuh, kamu Wahhabi
Tidak berkenduri tahlil, kamu Wahhabi
Tidak menyambut Maulud Nabi
Kamu Wahhabi!

Bila ditanya, apa itu Wahhabi?
Dikatakan, "Wahhabi itu Wahhabi"
Bila ditanya lagi, apa itu Wahhabi?
Dikatakan, "Wahhabi itu Wahhabi"

Ternyata kamu bodoh, tidak mengkaji
Menghukum tanpa erti
Inikah adab Muslim sejati
Sehingga pengganas pun dituduh Wahhabi?

Maka aku katakan
Jika berpegang kpd as-Sunnah dan al-Quran
Berdasarkan pemahaman
Sahabat Nabi yang dimuliakan
Menjadikan aku Wahhabi
Maka iya! Aku Wahhabi..

(c) Ibn Shamsud-Deen
24062010

Saturday, June 19, 2010

Tata Cara Ruqyah Yang Benar

Ruqyah bukan pengobatan alternatif. Justru seharusnya menjadi pilihan pertama pengobatan tatkala seorang muslim tertimpa penyakit. Sebagai sarana penyembuhan, ruqyah tidak boleh diremehkan keberadaannya.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan: “Sesungguhnya meruqyah termasuk amalan yang utama. Meruqyah termasuk kebiasaan para nabi dan orang-orang shalih. Para nabi dan orang shalih senantiasa menangkis setan-setan dari anak Adam dengan apa yang diperintahkan Allah dan RasulNya”. [1]

Karena demikian pentingnya penyembuhan dengan ruqyah ini, maka setiap kaum Muslimin semestinya mengetahui tata cara yang benar, agar saat melakukan ruqyah tidak menyimpang dari kaidah syar’i.

Tata cara meruqyah adalah sebagai berikut:

1. Keyakinan bahwa kesembuhan datang hanya dari Allah.

2. Ruqyah harus dengan Al Qur’an, hadits atau dengan nama dan sifat Allah, dengan bahasa Arab atau bahasa yang dapat dipahami.

3. Mengikhlaskan niat dan menghadapkan diri kepada Allah saat membaca dan berdoa.

4. Membaca Surat Al Fatihah dan meniup anggota tubuh yang sakit. Demikian juga membaca surat Al Falaq, An Naas, Al Ikhlash, Al Kafirun. Dan seluruh Al Qur’an, pada dasarnya dapat digunakan untuk meruqyah. Akan tetapi ayat-ayat yang disebutkan dalil-dalilnya, tentu akan lebih berpengaruh.

5. Menghayati makna yang terkandung dalam bacaan Al Qur’an dan doa yang sedang dibaca.

6. Orang yang meruqyah hendaknya memperdengarkan bacaan ruqyahnya, baik yang berupa ayat Al Qur’an maupun doa-doa dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Supaya penderita belajar dan merasa nyaman bahwa ruqyah yang dibacakan sesuai dengan syariat.

7. Meniup pada tubuh orang yang sakit di tengah-tengah pembacaan ruqyah. Masalah ini, menurut Syaikh Al Utsaimin mengandung kelonggaran. Caranya, dengan tiupan yang lembut tanpa keluar air ludah. ‘Aisyah pernah ditanya tentang tiupan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam meruqyah. Ia menjawab: “Seperti tiupan orang yang makan kismis, tidak ada air ludahnya (yang keluar)”. (HR Muslim, kitab As Salam, 14/182). Atau tiupan tersebut disertai keluarnya sedikit air ludah sebagaimana dijelaskan dalam hadits ‘Alaqah bin Shahhar As Salithi, tatkala ia meruqyah seseorang yang gila, ia mengatakan: “Maka aku membacakan Al Fatihah padanya selama tiga hari, pagi dan sore. Setiap kali aku menyelesaikannya, aku kumpulkan air liurku dan aku ludahkan. Dia seolah-olah lepas dari sebuah ikatan”. [HR Abu Dawud, 4/3901 dan Al Fathu Ar Rabbani, 17/184].

8. Jika meniupkan ke dalam media yang berisi air atau lainnya, tidak masalah. Untuk media yang paling baik ditiup adalah minyak zaitun. Disebutkan dalam hadits Malik bin Rabi’ah, bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

كُلُوْا الزَيْتَ وَ ادَّهِنُوا بِهِ فَإنَهُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَة

"Makanlah minyak zaitun , dan olesi tubuh dengannya. Sebab ia berasal dari tumbuhan yang penuh berkah".[2]

9. Mengusap orang yang sakit dengan tangan kanan. Ini berdasarkan hadits ‘Aisyah, ia berkata: “Rasulullah, tatkala dihadapkan pada seseorang yang mengeluh kesakitan, Beliau mengusapnya dengan tangan kanan…”. [HR Muslim, Syarah An Nawawi (14/180].

Imam An Nawawi berkata: “Dalam hadits ini terdapat anjuran untuk mengusap orang yang sakit dengan tangan kanan dan mendoakannya. Banyak riwayat yang shahih tentang itu yang telah aku himpun dalam kitab Al Adzkar”. Dan menurut Syaikh Al ‘Utsaimin berkata, tindakan yang dilakukan sebagian orang saat meruqyah dengan memegangi telapak tangan orang yang sakit atau anggota tubuh tertentu untuk dibacakan kepadanya, (maka) tidak ada dasarnya sama sekali.

10. Bagi orang yang meruqyah diri sendiri, letakkan tangan di tempat yang dikeluhkan seraya mengatakan بِسْمِ الله (Bismillah, 3 kali).

أعُوذُ بِالله وَ قُدْرَتِهِ مِنْ شَر مَا أجِدُ وَ أحَاذِرُ

"Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari setiap kejelekan yang aku jumpai dan aku takuti".[3]

Dalam riwayat lain disebutkan “Dalam setiap usapan”. Doa tersebut diulangi sampai tujuh kali.
Atau membaca :

بِسْمِ الله أعُوذُ بِعزَِّةِ الله وَ قُدْرَتِهِ مِنْ شَر مَا أجِدُ مِنْ وَجْعِيْ هَذَا

"Aku berlindung kepada keperkasaan Allah dan kekuasaanNya dari setiap kejelekan yang aku jumpai dari rasa sakitku ini".[4]

Apabila rasa sakit terdapat di seluruh tubuh, caranya dengan meniup dua telapak tangan dan mengusapkan ke wajah si sakit dengan keduanya.[5]

11. Bila penyakit terdapat di salah satu bagian tubuh, kepala, kaki atau tangan misalnya, maka dibacakan pada tempat tersebut. Disebutkan dalam hadits Muhammad bin Hathib Al Jumahi dari ibunya, Ummu Jamil binti Al Jalal, ia berkata: Aku datang bersamamu dari Habasyah. Tatkala engkau telah sampai di Madinah semalam atau dua malam, aku hendak memasak untukmu, tetapi kayu bakar habis. Aku pun keluar untuk mencarinya. Kemudian bejana tersentuh tanganku dan berguling menimpa lenganmu. Maka aku membawamu ke hadapan Nabi. Aku berkata: “Kupertaruhkan engkau dengan ayah dan ibuku, wahai Rasulullah, ini Muhammad bin Hathib”. Beliau meludah di mulutmu dan mengusap kepalamu serta mendoakanmu. Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam masih meludahi kedua tanganmu seraya membaca doa:

أَذْهِبْ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

"Hilangkan penyakit ini wahai Penguasa manusia. Sembuhkanlah, Engkau Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan kecuali penyembuhanMu, obat yang tidak meninggalkan penyakit"[6].

Dia (Ummu Jamil) berkata: “Tidaklah aku berdiri bersamamu dari sisi Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam, kecuali tanganmu telah sembuh”.

12. Apabila penyakit berada di sekujur badan, atau lokasinya tidak jelas, seperti gila, dada sempit atau keluhan pada mata, maka cara mengobatinya dengan membacakan ruqyah di hadapan penderita. Dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa Nabi Shallallahu 'laihi wa sallam meruqyah orang yang mengeluhkan rasa sakit. Disebutkan dalam riwayat Ibnu Majah, dari Ubay bin K’ab , ia berkata: “Dia bergegas untuk membawanya dan mendudukkannya di hadapan Beliau Shallallahu 'alaihi wa salla,m . Maka aku mendengar Beliau membentenginya (ta’widz) dengan surat Al Fatihah”.[7]

Apakah ruqyah hanya berlaku untuk penyakit-penyakit yang disebutkan dalam nash atau penyakit secara umum? Dalam hadits-hadits yang membicarakan terapi ruqyah, penyakit yang disinggung adalah pengaruh mata yang jahat (‘ain), penyebaran bisa racun (humah) dan penyakit namlah (humah). Berkaitan dengan masalah ini, Imam An Nawawi berkata dalam Syarah Shahih Muslim: “Maksudnya, ruqyah bukan berarti hanya dibolehkan pada tiga penyakit tersebut. Namun maksudnya bahwa Beliau ditanya tentang tiga hal itu, dan Beliau membolehkannya. Andai ditanya tentang yang lain, maka akan mengizinkannya pula. Sebab Beliau sudah memberi isyarat buat selain mereka, dan Beliau pun pernah meruqyah untuk selain tiga keluhan tadi”. (Shahih Muslim, 14/185, kitab As Salam, bab Istihbab Ar Ruqyah Minal ‘Ain Wan Namlah).
Demikian sekilas cara ruqyah. Mudah-mudahan bermanfaat. (Red).

Maraji` :
1. Risalatun Fi Ahkami Ar Ruqa Wa At Tamaim Wa Shifatu Ar Ruqyah Asy Syar’iyyah, karya Abu Mu’adz Muhammad bin Ibrahim. Dikoreksi Syaikh Abdullah bin Abdur Rahman Jibrin.
2. Kaifa Tu’aliju Maridhaka Bi Ar Ruqyah Asy Syar’iyyah, karya Abdullah bin Muhammad As Sadhan, Pengantar Syaikh Abdullah Al Mani’, Dr Abdullah Jibrin, Dr. Nashir Al ‘Aql dan Dr. Muhammad Al Khumayyis, Cet X, Rabi’ul Akhir, Tahun 1426H.

[Disalin dari majalah As-Sunnah Edisi 06//Tahun IX/1426H/2005M. Penerbit Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Jl. Solo-Purwodadi Km.8 Selokaton Gondangrejo Solo 57183 Telp. 0271-761016]
_______
Footnote
[1]. Dinukil dari Kaifa Tu’aliju Maridhaka Bi Ar Ruqyah Asy Syar’iyyah, hlm. 41.
[2]. Hadits hasan, Shahihul Jami’ (2/4498).
[3]. HR Muslim, kitab As Salam (14/189).
[4]. Shahihul Jami’, no. 346.
[5]. Fathul Bari (21/323). Cara ini dikatakan oleh Az Zuhri merupakan cara Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam meniup.
[6]. Al Fathu Ar Rabbani (17/182) dan Mawaridu Azh Zham-an, no. 1415-1416.
[7]. Al Fathu Ar Rabbani (17/183).
[8]. Namlah adalah luka-luka yang menjalar di sisi badan dan anggota tubuh lainnya

http://www.almanhaj.or.id/content/2693/slash/0

Friday, May 28, 2010

More on the Difference Between Creed & Methodology

Shaikh and Dr., Abî ‘Abdil-Mu’iz Muhammad ‘Alî Farkūs (a professor in the College of Islamic Sciences at the University of Algeria) was asked,
These are some of the issues that are difficult for us. We desire our answer for them with some explanation from your eminence.
a. What is the difference between creed and methodology? Are their general and specific [matters] between them? And is the correctness of methodology necessarily inseparable from the correctness of creed?
b. What is the general rule by which we can recognize a scholar’s or caller’s exit from the methodology of the Predecessors? If he was recognized by knowledge, virtue and righteousness, and he erred in an issue or two issues concerning creed, is he then thrown off and not turned to?
We ask Allah to give you success for the service, support, and protection of His religion. Amîn.
He replied saying,
The praise is Allah’s, Lord of the worlds. And may salutations and peace be upon [the one] who Allah sent as a mercy to the worlds, upon his family, his companions and his brothers [in faith] until the Day of Reward.
As for what follows, before the answer to the first question, from what is known is that the use of the word “creed” (‘aqîdah) was not mentioned in the Book and the Sunnah, nor in the major lexicons of the language. The previous imams used what indicates it like sunnah, faith (îmân), and Divine Law (sharî’ah); and many of the imams used the two words: “belief” (i’tiqâd) and “doctrine” (mu’taqad) like Ibn Jarîr at-Tabarî, al-Lâlikâ’î, and al-Baihaqî.
So from the teminological aspect, the word creed, according to its general [usage], is used to indicate “what the servant ties his heart to, of truth or falsehood.” As for its restricted usage with an adjective like the term “Islamic creed”, then some of them have recognized it as “the definitive faith in Allah and what is obligated for Him regarding divinity, lordship, His names and characteristics; faith in the angels, His books, His messengers, the Last Day, Predestiny—its good and its evil; all of what the authentic texts came with regarding the religion’s roots, the affairs and reports of the Unseen, what the Rigtheous Predecessors came to concensus on; submitting to Allah in ruling and command, predestiny and legislation, and to the Messenger, may Allah send salutations and peace upon him, in obedience, arbitration, and adherence.”
Thus, creed in Islam is opposite Divine Law, because the intent of Divine Law is the practical commandments that Islam came with regarding acts of worship and mutual conduct whereas creed is the knowledge-related affairs the Muslim is obligated to believe in his heart, because Allah, exalted is He, informed him of them by way of His revelation to His messenger, may Allah send salutations and peace upon him. The connection between them is very strong, both combining in the [meaning of] faith when [it is mentioned] individually, because it has two halves: immaculate deeply-rooted creed that resides in the heart, and another half is visible in the deed that manifests on the limbs. Thus, faith is a creed which the heart of its owner is pleased with. He indicates it on his tongue and is satisfied with the methodology that Allah made it connected to. Due to that, it has come from the statements from the scholars of the Predecessors that faith is belief in the heart, speech with the tongue, and deed with the pillars (i.e., the limbs).
Furthermore, for the confirmation of the correctness of this, it is only in accordance with a sound methodology established upon the authentic transmitted [reports] confirmed by the Book, the Sunnah, the reports mentioned from the Companions, may Allah be pleased with them, and the Followers[1] from the imams of guidance and the luminaries of the gloom who traversed their way, just as he, may Allah send salutations and peace upon him, said, «The best of the people are my generation, then those who follow them, then those who follow them.»[2]
Thus this proper path is from the greatest of what distinguishes the People of the Sunnah and the Congregation from the People of Desires and Division; and is represented in the quest of knowledge with the divine requests for deduction by Qur’anic verses and prophetic hadîths, and [in] the [seeking of] direction through the understanding of the Companions, the Followers, and [those] from the scholars who abide by their method.
From their greatest distinguishing characteristics are their lack of opposition to the revelation by intellect, opinion, or analogical deduction;[3] their giving precedence to the legislation over the intellect, although the unadulterated intellect does not oppose the authentic text, but rather, is consistent with it; their dismissal of rhetorical interpretation of the legal texts with [different] types of metaphors; and their adoption of the Book and the Sunnah as a scale for the acceptance and dismissal [of texts].
These are the most important of the Salafî methodology’s principles and greater special qualities, which no one other than them are described by. That is because the origin of acceptance according to their opposers from the People of Desires and Heresies is the intellect which the sham of philosophy corrupted, the nonsense of the logicians, and the schemes of the theological rhetoricians.[4] So they were excessive in the intellect’s judging, rejecting the texts, opposing them with it (i.e., the intellect), and other than that from what is known from the successive generations’ school of thought.
Furthermore, from the outcomes of the proper methodology are unity of the word of the People of the Sunnah and the Congregation in their Lord’s monotheism, [in] their meeting with adherence of their Prophet, may Allah send salutations and peace upon him, and [in] their conformity in the issues and matters of belief; as a single word, it does not vary no matter how [far] the places keep them away and the times vary.
Thus, the sound methodology is conducive to the sound belief. So soundness of methodology is deduced by correctness of creed for it is from the deduction of the cause by the effect, like deducing something by the existence of its effect and its (i.e., the thing’s) abscence by its (i.e., the effect’s) abscence. According to the fundamentalist jurists, it is from the analogical deduction of the indication.
The creed could be sound in some of its aspects, corrupt in some of its other [aspects]. So its correct aspect is deduced by the correctness of methodology in [that aspect], and the corrupt by the corruption of methodology in [that aspect]; similar to when one believes in the creed of the Predecessors regarding the Names and the Characteristics (i.e., Allah’s), while believing in rebellion, partisanship, and other issues.
Thus, the correctness of his creed in the Names and the Characteristics is deduced by the correctness of methodology in it, which is compliant in deduction by the Book and the Sunnah, [seeking] direction through the understanding of the Righteous Predecessors, just as the corruption of his creed in the other aspect is deduced by his leaving the Salafî methodology in it.
As for the second question, it is necessary to differentiate between one whose intent was the truth, then erred and between one who was obstinate after the truth in the issue became obvious to him; or [one who] persisted in opposing the authentic texts and confirmed or preferable evidences; or [one who] spoke without knowledge; or [one] whose heresy is established, he calls to it and defends it; or [one who] fell short in seeking the truth; or [one who] turned away from seeking it (i.e., the truth); or [one] who concealed it for reasons that hindered him and the likes of that from the [possible] situations.
So, the mistaken person in the first situation is excused, his error is forgiven, and he is rewarded; dispraise or shame are not linked to him, deficiency does not overtake him, his heretication is not permissible, nor is he to be declared a wicked person in [any] situation.
The obligation with regards to him is advice, clarifying the place of the error combined with its evidence in order to remove the doubt and establish the proof.
The obligation upon him is returning to the truth and acting by it. That is because infallibility is for the Prophets, so if every mistaken person is stripped of his salafism merely because of the error, no one from the People of the Sunnah would remain! As for the other situations, they are contrary to this.
Shaikh of Islam Ibn Taimiyyah, may Allah have mercy on him, has straight speech that includes this point of view, where it deals with the issue of excommunication. He said,
… the correct thing is that whoever from the nation of Muhammad, may Allah send salutations and peace upon him, came to an independant judgement intending the truth, but erred is not excommunicated; rather his error is forgiven for him.
Whoever had what the Messenger came with clarified to him, then breaks away from the Messenger after the guidance was clarified to him and follows other than the believers’ path, then he is a disbeliever. Whoever followed his desire, fell short in seeking the truth, and spoke without knowledge, he is disobedience and sinful. Then he might become a wicked person, and he might have good deeds that carry greater weight than his misdeeds.[5]
And Allah is more knowledgeable.
——————————————————————————–
Endnotes:
[1] [t] Ar. tâbi’ūn (pl. – sing. tâbi’î) – followers, adherents; referring to the second generation of Muslims, the students of the Prophet’s companions.
[2] Published by al-Bukhârî (5/258) in [the Book of] Witnesses: Chapter Do Not Be a Witness for Injustice, If Asked for That; and by Muslim (16/87) in [the Book of] Virtues: Chapter Virtue of the Companions, may Allah be pleased with them, Then Those Who Follow Them, Then Those Who Follow Them; from the hadîth of ‘Abdullah bin Mas’ūd, may Allah be pleased with him. It has a [supporting] witnesss from the hadîth of an-Nu’mân bin Bashîr, may Allah be pleased with him, with this wording, except that he said «then those who follow them» three times. So the fourth generation is confirmed. [as-Silsilah as-Sahîhah by al-Albânî (2/320).]
[3] [t] Ar. qiyâs – comparison; analogy; deduction by analogy; deduction, logical conclusion, syllogism.
[4] [t] Ar. mutakallimūn (pl. – sing. mutakallim) – speaker, spokesperson; Muslim theologian, scholastic.
[5] Majmū’ al-Fatâwâ by Ibn Taimiyyah (12/180).
Source: Farkūs, Abî ‘Abdil-Mu’iz Muhammad ‘Alî. Majâlis Tadhkîriyyah ‘alâ Masâ’il Manhajiyyah. Cairo, Egypt: Dâr al-Imam Ahmad, 2005. pgs. 63-67.

Related Links:


[Taken from: Rasheed Gonzales: More on the Difference Between Creed & Methodology]

The Mention Some, But Not the Rest

Here’s another look at the intellectual and academic dishonesty committed by the exaggerators from among those who attribute themselves to Salafism, They Mention Some, But Not the Rest: Yet Another Example of Academic Dishonesty From the Self-Appointed Vanguards of Salafism. From the article:
In his Iqtidâ’ as-Sirât al-Mustaqîm, Shaikh of Islam Ibn Taimiyyah, may Allah have mercy on him, relates that “’Abdur-Rahman bin Mahdî and others said [that] the people of knowledge write what is for them and what is against them, while the people of desires do not write except what is for them.”
Despite the fact that these people go on about the gravity of hiding knowledge and information from the public, looking at their behaviour, we find innumerable examples that give credence to what Shaikh of Islam, may Allah have mercy on him, mentions. I wrote about one such example recently in an article I titled, Making Moosaa’s Mountain Out Of Bilal’s Molehill, in which I pointed out the intellectual and academic dishonesty displayed by Moosaa Richardson in his criticism of a supposedly “dangerous mistake” he accused Dr. Bilal Philips of making in one of his published books.
The other week, I came across yet another example of academic dishonesty, which these people continually display time and time again. This time, the example comes from a salafitalk.net poster who posted a couple of links to the sahab.net Arabic discussion forum. The poster simply posts the links and provides a brief description before each, both in Arabic and in English; the first: “The support of ash-Shaykh Muhammad Bazmool for the critique of his brother ash-Shaykh Ahmad on Ali al-Halabee,” and the second: “Ash-Shaykh Muhammad Bazmool: The Refutations of ash-Shaykh Ahmad Bazmool denotes that al-Halabi has deviated from the Manhaj of the Salaf.” Now, given the fact that many of salafitalk.net’s readers are English speakers who don’t know much Arabic—if any at all—there’s a good chance that none of them will actually come to know what’s contained in the two links. Despite that, the poster doesn’t provide his audience with a translation, summarized or otherwise, of what’s mentioned in the two posts. The result, of course, is that the readers are left with the obvious impression he and the previous posters to the thread (e.g., Maaz Qureshi or whoever it is posting under the name “SunnahPublishing.Net”) wishes their audience to get: ‘Alî al-Halabî is a deviant who has strayed from the Salafî methodology and should be avoided like the plague.

[Taken with permission from: Rasheed Gonzales: They Mention Some, But Not the Rest]

Saturday, May 22, 2010

Erti Pernikahan

[Dalam menjawab soalan seorang teman
Dalam mencari erti pernikahan
Terwujudlah ilham ingin ku gubahkan
Sajak bermakna lagi menghiburkan]

Nikah memberi ketenangan
Pada jiwa resah kegelisahan
Nikmat halal diredhai Ilahi
Apabila bersatu hidup suami isteri
Tiada lagi fikir diri sendiri
Bersama bahtera kita mengemudi
Bahtera rumahtangga memikul tanggungjawab
Bukan sekadar memuaskan nafsu meluap
Menyatukan matlamat antara dua
Dalam bersama mencari keredhaanNya
Meluaskan lagi ikatan silaturrahmi
Bergabungnya keluarga suami dan isteri

Tidak mungkin kita hidup menyendiri
Jiwa kan mendamba teman menemani
Bersama melayari kehidupan ini
Janji bersama sehidup semati
Setiap nikmat yang ingin dikecapi
Membawa tanggungjawab dipikul nanti
Tanggungjawab mencari, tanggungjawab memberi
Nafkah usaha untuk isteri
Dlm mencari keredhaan Ilahi
Dlm mengembangkan umat Nabi

(c) Ibn Shamsud-Deen
(Mohamed Farhan Mohamed Samsudin)
23052010