Ustaz manusia juga
Perlu makan
Perlu rehat
Perlu tidur
Ustaz manusia juga
Ada rasa
Ada jiwa
Ada silap
Ada salah
Ustaz manusia juga
Maka janganlah kita
Memaksumkannya
Mengquduskannya
Seolah dia
Tidak mungkin salah
Seolah dia
Tidak mungkin alpa
Seolah dia
Tidak mungkin berdosa
Namun bila ku kata
Ustaz manusia juga
Tidaklah bererti
Engkau mencela
Engkau menghina
Pelita agama
Adab jangan dibelakangkan
Ilmiah dalam kritikan
Tegur dengan kelembutan
Nasihat dengan kesantunan
Penuh mesra terukir senyuman
Kerana
Ustaz manusia juga
(c) Ibn Shamsud-Deen
26032011
Tuesday, April 05, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment