Wednesday, October 17, 2007

Kekang ajaran Al-Arqam dan Aurad Muhammadiyah

Kekang ajaran Al-Arqam

PUTRAJAYA: Semua pihak berkuasa agama atau majlis agama negeri perlu terus memantau percubaan pihak tertentu menyampaikan atau menghidupkan semula ajaran Al-Arqam di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, berkata pihak berkuasa agama negeri mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan jika mendapati ada percubaan menghidupkan Al-Arqam. -- BHM.

[Ditukil dari Berita Harian (Singapura), 16 Oktober 2007]


Komentar dari Ibn Shamsud-Deen:

Pihak berkuasa agama dan majlis agama negeri di Malaysia sedang berusaha keras untuk mengekang ajaran Al-Arqam daripada sebarang percubaan untuk menyampaikan ataupun menghidupkannya.

Bagaimana pula dengan kita di Singapura?

Tidak lama dahulu, kita pernah dikecohkan dengan kewujudan cabang Rufaqa' Corporation di sini yang sememangnya terkait dengan Ashaari Muhammad, pengasas ajaran al-Arqam.

Lalu bagaimana dengan mereka yang terlibat mahupun terkait dengan Rufaqa' Corporation? Apakah mereka dipantau oleh Muis ataupun Pergas?

Kerana setahu saya, ada seorang kenalan yang mengikuti Rufaqa'. Dan beliau pernah meminta seorang kenalan untuk buat salinan bagi rakaman kelas Ashaari Muhammad dlm bentuk cd. Dan ini berlaku di depan mata saya.

Bagaimana pula dengan fahaman Aurad Muhammadiyah? Bukankah ajaran al-Arqam berasal daripada fahaman Aurad Muhammadiyah?

Semasa isu Rufaqa' muncul di akhbar BH sekitar akhir tahun lalu dan awal tahun ini, akhbar BH melaporkan bahawa fahaman Aurad Muhammadiyah diharamkan di Singapura dan Malaysia.

Benarkah demikian? Benarkah pengharaman fahaman Aurad Muhammadiyah dikuatkuasakan?

Hal ini amat diragui. Kerana Syeikh Muhammad Taha as-Suhaimi yang membawa dan mengajarkan fahaman Aurad Muhammadiyah di sini, beliau juga yang mengasaskan Madrasah al-Ma'arif al-Islamiah.

Dan beberapa kenalan memberi kesaksian, bahawa para asatizah di Madrasah al-Ma'arif mengajarkan fahaman Aurad Muhammadiyah.

Mudirahnya pula, ana pernah mengunjungi rumahnya saat Hari Raya. Tergantung di dalam rumah gambar Taha Suhaimi dan poster lain yang memang sinonimkan dengan fahaman Aurad Muhammadiyah.

Bahkan, beliau pernah bertanya kepada saya, "Ni budak al-Arabiah ye?" Bila saya menafikannya, beliau berkata, "oh.. tapi mukanya macam budak al-Arabiah."

Subhanallah..

Persoalannya, apakah Muis memantau Madrasah al-Ma'arif demi memastikan mereka tidak menghidupkan fahaman Aurad Muhammadiyah yang diharamkan?

Mengapa masih boleh didapati orang yang dengan bangga mengaku mengikuti fahaman Aurad Muhammadiyah?

Dan bagaimana pula Mudirah Madrasah al-Ma'arif tersebut boleh duduk di Lembaga Pengiktirafan Asatizah atau Asatizah Recognition Board (ARB)?

Bukan niat saya untuk menimbulkan kontroversi.. tapi ini merupakan persoalan-persoalan yang mengelirukan.. sedangkan aqidah kita sedang terancam..

Wallahu a'lam

2 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Saudara. Memang baik niat saudara untuk tidak menimbulkan kontroversi. Saya rasa perkara ini jika diselidik dengan mendalam tidaklah ia mengelirukan atau mengancam aqidah. Bukalah minda dan cuba bertanyakan kepada ahlinya atau pihak-pihak yang berkuasa. Pertama dan utama sekali, apakah sebenarnya Aurad Muhammadiyah? Dimanakah salah dan silapnya (dalam Islam) dalam mengamalkan Aurad Muhammadiyah? Benarkah Rufaqa' itu terikat kepada Aurad Muhammadiyah dengan sebenarnya? (walaupun ia disangkakan oleh ramai sebagai 'terkait' atau 'kena mengena'). Bagaimana pula kedudukan 'Ashaari Muhammad' di dalam amalan Aurad Muhammadiyah ini? Mungkin ini semua belum jelas lagi di fikiran saudara. Pernahkah saudara terfikir atau bertanya tentang soalan di atas? Saya harap saudara lebih peka terhadap perkara ini kerana ia melibatkan lain-lain pihak seperti Madrasah Al-Maarif, asatizahnya, Syeikh Muhammad Taha as-Suhaimi dan sebagainya. Bimbang juga jika kedudukan mereka itu tidak diterangkan kepada masyarakat kita. Sekian. Terima kasih.

Ibn Shamsud-Deen as-Sanghafooree said...

Wa 'alaykum as-Salam wa rahmatullah.

Sebagaimana yg dapat dilihat, tulisan ini hanyalah pembentangan fakta semata-mata, berdasarkan keratan akhbar, laporan dan ucapan, dsb.

Saya harap tak dilihat lebih dari itu, dan saya tak berhasrat utk bincang lebih daripada itu.

Kerana kalau nak bincang ttg Aurad Muhammadiyah, saya kenal beberapa orang, termasuk mereka yg telah taubat dan kini seorang ustaz.. dan akan panjang cerita.

Wallahu a'lam