Monday, October 22, 2007

Ada Guru Cuba Hidupkan Semula Aurad Muhammadiah (di Malaysia)

ADA GURU CUBA HIDUPKAN SEMULA AURAD MUHAMMADIAH

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendedahkan ada guru termasuk penolong kanan cuba menghidupkan semula fahaman Aurad Muhammadiah yang pernah disebarkan oleh Ashaari Muhammad, pemimpin kumpulan Al-Arqam yang ditelah diharamkan.

NUTP mendakwa majoriti guru yang terlibat adalah bekas anggota Al-Arqam sebelum kumpulan itu diisytiharkan haram pada 1994.

Mereka mengguna- kan profesyen perguruan bagi menghidupkan semula ajaran berkenaan.

Presiden NUTP, Encik Anuar Ibrahim, berkata guru terlibat masih mengagungkan Ashaari sebagai pemimpin dan berpegang kepada fahaman dan amalan Aurad Muhammadiah serta berselindung di sebalik kerjaya guru bagi mengabui mata masyarakat.

Menurutnya, beliau mendapat maklumat itu melalui anggota Al-Arqam di Terengganu dan hasil siasatan mengesahkan memang ada guru di negeri itu yang masih berpegang kepada ajaran berkenaan.

'Walaupun setakat ini kes hanya dicatatkan di Terengganu, saya tidak menolak kemungkinan ada percubaan hendak menghidupkan semula ajaran itu di negeri lain dan kami sedang mengumpul maklumat,' kata beliau sebagaimana ditukil akhbar Berita Minggu Malaysia semalam.

Beliau mendedahkan perkara itu selepas laporan media mengenai kes seorang murid darjah enam di Klang, Selangor disuruh ibu bapanya menyiapkan karangan mengenai keagungan Ashaari dan menggambarkan pemimpin Al-Arqam itu sebagai tuhan kedua. -- BMM.

[Ditukil dari akhbar Berita Harian (Singapura), 22 Oktober 2007.]

Ibn Shamsud-Deen:

Kaitkan artikel ini dengan artikel sebelum ini yang telah saya utarakan.. persoalannya: bagaimana pula dengan guru-guru di Singapura, khususnya mereka yang berkemungkinan berkaitan dengan Aurad Muhammadiah, Madrasah al-Ma'arif dan Ustaz Taha Suhaimi?

Suatu persoalan yang masih membutuhkan jawapan kukuh, khususnya daripada Mufti dan Muis. (Namun, tidak bererti kita menentang Mufti mahupun Muis.)

Wallahu a'lam

No comments: