Monday, April 18, 2011

"Tadlis" dalam pemikiran

(Berikut adalah tukilan daripada FB status (serta komen) Ustaz Salman Ali dari Kuala Lumpur, Malaysia.)

Salah satu masalah terbesar mereka yang menyandarkan diri kepada manhaj yang benar adalah melihat sebahagian nas mahupun atsar lalu melukiskan kaedah umum hasil dari pemerhatian yang terbatas.

Apabila ulama' tafsir, hadith, fiqh dikalangan Salaf berbeza pandangan tentang sesuatu ayat lalu kita bersetuju dengan pandangan seorang daripada mereka, itu bukanlah lesen untuk mengikat kebenaran mestilah berpihak kepada pandangan yang kita pilih semata-mata.

Ramai sekadar membaca pandangan Ibnu Abbas atau Ibnu Mas'ud semata-mata lalu menyimpulkan inilah sikap salaf. Mungkin ini boleh diertikan dengan" tadlis" dalam pemikiran. Mungkin perlu ada pengkategorian (baca: pembahagian) dikalangan ulama' modern, siapa yang mudallis , maka masyarakat boleh mengenali para ulama. Contoh apabila "mudallis" ini mendakwa ijma' setelah membacakan satu pandangan, maka kita perlu berhati-hati.

Sebagai contoh, ada yang membacakan tindakan Muawiyah menghukum bunuh pengkritik kerajaan lalau melukiskan kesimpulan, "Inilah pendirian Salaf terhadap pengkritik pemerintah secara terbuka." Ini adalah pemerhatian yang terbatas; bagaimana pula tindakan Umar yang memecat pemimpin atas desakan terbuka rakyat, bagaimana pula Utsman yang membiarkan kritikan berleluasa terhadapnya di Mesir tanpa tindakan drastik?

Setiap pandangn manusia dinilai berdasarkan al-Qur'an, as-Sunnah serta pendirian Salaf. Dan ada unsur ketiga yang melengkapi fiqh Islam. Ulama' berbeza pandangan apakah unsur ketiga itu(qiyas, ijtihad, maslahah atau maqasid, dan lain-lain lagi); kalau bertepatan diambil dan kalau bercanggah ditolak.

Wallahu a'lam

"Jumhur ulama berpendapat..."

Saya bukanlah seorang ustaz. Hanya pelajar biasa sahaja, yang masih banyak perlu dipelajari. Nota ini sekadar lintasan minda sebagai seorang pemerhati. Bukan bertujuan untuk menghukum sesiapa atau membuat sebarang penyimpulan yang di luar batasan saya sebagai pelajar.

Yang saya musykil adalah bagaimana sebahagian orang berhujjah dengan "jumhur ulama" tentang sesuatu perkara untuk mempertahankan pendapat yang dipegangnya. Bukanlah saya nak katakan pendapat itu salah tetapi lebih kepada sikap tersebut.

Sebahagian orang dengan mudah mengatakan bahawa jumhur ulama mengharamkan muzik lantas menolak ulasan dan huraian sebahagian ulama yang tidak sependapat.

Saya tidak ingin mengulas tentang hukum muzik kerana memang panjang lebar perbahasan dan ulasannya. Saya bukanlah ahlinya untuk berbicara mengenainya. Saya lebih tenang hati untuk bertawaqquf dalam masalah ini.

Namun, apa yang ingin saya sentuh adalah sikap menjadikan pendapat jumhur ulama sebagai hujjah. Bukan salah, malah kekuatan hujjah itu memang ada pada jumhur. Namun, perlu kita faham bahawa sebahagian perkara, pendapat jumhur itu ditolak apabila ada dalil dan hujjah yang melemahkannya.

Maka, kepada pihak sedemikian, saya katakan saya hormati pandangan anda. Memang, dengan pendapat jumhur ulama itu sendiri menjadi satu hujjah yang kuat.

Namun, saya ingin timbulkan satu persoalan: mengapakah anda memilih untuk tahrik (menggerak-gerakkan) jari di dalam tasyahhud? Sedangkan jumhur ulama berpendapat isyarah dalam tasyahhud, bukan tahrik?

Bukankah lebih utama untuk mengikut pendapat jumhur ulama dalam masalah ibadah, lebih selamat?

Sekali lagi, bukan untuk mengulas ataupun membahaskan isu ini. Hanya ingin mengajak kita merenung kembali sikap kita dalam beragama.

Apakah kita mengamalkan agama berdasarkan kaedah yang tetap atau kita sebenarnya mengamalkan agama kerana itulah pendapat dan pegangan golongan tertentu?

Apakah kita sebenarnya "memilih-milih" pendapat ulama yang sesuai dengan keinginan kita, namun menisbahkan diri kita kepada golongan tertentu?

Misalnya, apakah kita memilih mengikut Syeikh Al-Albani dalam masalah sifat solat, namun dalam permasalahan lain kita ikut Syeikh Bin Baz dan Syeikh Utsaimin (moga Allah merahmati mereka)?

Bukan salah, tetapi kita perlu memahami bahawa ketiga-tiga alim tersebut berbeza dalam pendekatan mereka. Kalau kita selama ini anggap "Sifat Solat Nabi" Syeikh Al-Albani itulah yang menepati Sunnah, maka itu bererti kita menganggap Syeikh Bin Baz dan Syeikh Utsaimin sebagai "tidak menepati Sunnah" di dalam solat.

Benarkah demikian? Atau permasalahan sebenarnya adalah soal ikhtilaf dalam masalah fiqhiyyah?

Atau kita tetap menganggap bahawa yang Sunnah itu adalah bersedekap meletakkan tangan tinggi di atas dada (ini pun bukanlah pendapat jumhur ulama), turun sujud tangan dahulu (juga bukan pendapat jumhur ulama), dan tahrik di dalam tasyahhud?

Entahlah.. namun, apa yang saya pasti, apabila semakin belajar dan menimba ilmu, saya mula memahami kenapa ustaz-ustaz dahulu zaman ibu bapa kita menetapkan agar kita ikut satu mazhab sahaja, yakni mazhab Syafi'i. Tidak lain melainkan agar kita mudah memahami agama dan tidak celaru dengan permasalahan khilaf.

Kerana agama itu bukanlah untuk mengelirukan tetapi untuk diterima dan diamalkan.

Wallahu a'lam

Tuesday, April 05, 2011

Manusia..

Manusia
Daripada Allah kita datang
KepadaNya kita kembali
Apakah kita masih tak peduli
Bekalan kita di dunia
Untuk dibawa kembali

Manusia
Dari benih Adam kita tercipta
Pancaran mani yang keji dan hina
Lalu mengapa
Menganggap diri mulia?

Manusia
Dari Adam kita turun
Ke bumi kita menghuni
Lalu kenapa kita merasa
Kita kan hidup selamanya?
Apakah kita lupa
Adam dibuang dari syurga
Tidakkah kita sedikitpun merindui
Ingin pulang ke kampung nan abadi?

Manusia
Membiak kita di dunia
Pelbagai bangsa dan bahasa
Lupakah kita semua serupa
Asal kita sama
Lalu kenapa kita membeza-bezakan
Bangsa yang berlainan?

Manusia
Yang mengaku beriman
Mentauhidkan Tuhan
Mengikuti Nabi junjungan
al-Mustafa yang dimuliakan
Dia seorang pengembala
Menternak kambing semasa muda
Sedarlah manusia
Itu satu tarbiyah
Dan sindiran bagi kita
Mengembala kambing tidaklah sesukar
"Mengembala" manusia
Yang pelbagai karenah

Manusia
Daripada tanah kita diciptakan
Kepadanya kita dikembalikan
Lalu mengapa kita merasa
Bagai di langit yang berawan
Berpijaklah di bumi nyata
Tiadalah hina
Merendah diri di bumi Tuhan
Kehidupan kita hanyalah pinjaman
Darinya
Bersyukurlah
Berserah kepadaNya
Islamkan jiwa kita
Dalam ketaatan
Dalam memakmurkan bumi Tuhan

(c) Ibn Shamsud-Deen
31032011

Ustaz Manusia Juga

Ustaz manusia juga
Perlu makan
Perlu rehat
Perlu tidur

Ustaz manusia juga
Ada rasa
Ada jiwa
Ada silap
Ada salah

Ustaz manusia juga
Maka janganlah kita
Memaksumkannya
Mengquduskannya
Seolah dia
Tidak mungkin salah
Seolah dia
Tidak mungkin alpa
Seolah dia
Tidak mungkin berdosa

Namun bila ku kata
Ustaz manusia juga
Tidaklah bererti
Engkau mencela
Engkau menghina
Pelita agama
Adab jangan dibelakangkan
Ilmiah dalam kritikan
Tegur dengan kelembutan
Nasihat dengan kesantunan
Penuh mesra terukir senyuman
Kerana
Ustaz manusia juga

(c) Ibn Shamsud-Deen
26032011

Melangkah pergi

Kecewa
Bagai ditampar di muka
Pelbagai tuduhan dilempar
Pada diri ini
Ingin ku hentak meja
Menuntut bukti
Dan penanggungjawaban
Atas dakwaan mereka

Terluka
Ukhuwah yang terjalin
Sekian lama
Tercemar
Dengan keraguan
Dengan pertikaian
Kerana fitnah mereka

Hentikanlah
Namun mereka takkan mendengar
Sudahilah
Namun mereka takkan peduli
Lidah liar dibiarkan bebas
Bagai anjing menyalak
Tiada henti

Ah sudahlah
Tidak ku perlukan
Pengacau seperti mereka
Sebagai teman
Yang mahir mengandaikan
Yang bijak menyalah-tafsirkan
Lalu dijadikan hukuman
Terhadap seseorang
Lalu dia dipertikaikan!
Dan aku tidak dikecualikan

Sudahlah
Sudah itu sudah
Aku melangkah pergi
Dari jenama mereka
Aku melangkah keluar
Dari lingkungan mereka
Dan Rabbku sebagai saksi
Dzat yang jiwaku di dalam TanganNya
Betapa teguhnya aku melangkah
Di atas jalan yang murni ini

(c) Ibn Shamsud-Deen
22032011

To What Extent Should the Moustache be Trimmed?

Ash-Shawkani, may Allah have mercy on him, stated:

The people have disagreed concerning the extent to which the moustache should be trimmed. Many of the Salaf adopted the opinion that it should be uprooted and shaved because of the apparent meaning of his statement, "Uhfoo and Inhakoo" [1] and this is the opinion of the Kufis.

Alternatively, many of them prohibited shaving and uprooting it; this was the view of Malik and he felt the one who does so should be disciplined.

Ibn al-Qasim related from him that he said, "Ihfaa' of the moustache is mutilation."

An-Nawawi said, "The preferred view is that it be trimmed until the edge of the lips shows, and not remove it from the root."

He said, "As for the narration: "Uhfoo the moustaches", it means that which extends on to the lips."

Malik stated likewise in al-Muwatta': "The moustache should be shortened until the edge of the lip is visible."

Ibn al-Qayyim stated:[2]

As for Abu Hanifah, Zufar, Abu Yusuf, and Muhammad (ibn al-Hasan), their opinion concerning the hair of the head and the moustache was that Ihfaa' is preferable to shortening.

Some of the Malikis attributed to ash-Shafi'i the same view as Abu Hanifah concerning shaving the moustache.

At-Tahawi stated, "I did not find anything explicit from ash-Shafi'i concerning this matter, and his companions whom we have seen such as al-Muzani and ar-Rabi' used to perform Ihfaa' of their moustaches. This indicates that they must have taken the practice from ash-Shafi'i."

Al-Athram reported from Imam Ahmad that he used to shorten (Yuhfee) his moustache greatly. I (al-Athram) heard him being asked about the Sunnah concerning the Ihfaa' of the moustaches. He said, "They are Yuhfaa (shortened greatly)."

Hanbal said: Abu Abdillah was asked, "Do you think a man should take his moustache and shortened it greatly (Yuhfeeh) or how should he shorten it?" He said, "If he performs Ihfaa' of it, there is no harm, and if he shortens it by Qass (trimming), then there is no harm"...

Ibn al-Qayyim said:

Those who adopt the view that one should not practice Ihfaa' of the moustache used as evidence the two Marfoo' Hadiths of A'ishah and Abu Hurayrah: "Ten are from the Fitrah..." and he mentioned amongst them Qass (trimming) of the moustache. The Hadith of Abu Hurayrah mentions: "The Fitrah is five..." and he mentioned amongst them Qass (trimming) of the moustache.

Those who choose the practice of Ihfaa' use as evidence the Hadiths that order Ihfaa' - and they are authentic - and the Hadith of ibn 'Abbas that Allah's Messenger (sallAllahu 'alayhi wa sallam) used to practice Ihfaa' of his moustache. End of his words.[3]

The meaning of Ihfaa' is not to trim that which extends on the lips as an-Nawawi mentioned, because Ihfaa' is to uproot, as stated in as-Sihaah, al-Qamoos, al-Kash-shaaf, and all the other books of the language.

The narration of Qass does not contradict it, because Qass (trimming) can take place in the form Ihfaa' but it is not necessarily so. The narration of Ihfaa' specifies what is meant (by Qass).

Likewise, the same can be said of the Hadith which states, "Whoever does not take from his moustache, he is not from us," for it does not contradict the narration of Ihfaa' because it contains additional information which should be acted on.

If we were to grant, for argument's sake, that they are contradictory in every sense, the narrations of Ihfaa' would take precedence because they are in the Two Sahihs. [4]

(Adapted from "The Biography of Imam ibn al-Qayyim" by Salahud-Din Ali Abdul-Mawjud, translated by Abdul-Rafi Adewale Imam, published by Darussalam. Adaptation done with regards to spelling and paragraphing for easier reading.)

==============
Footnotes:
[1] Translator's note: Al-Ihfaa' means to be thorough or to do something in full or to the limit; in this case it must mean cutting it very short at the least, if not shaving. Inhakoo means to wear something out or fatigue it. The apparent meaning is you should cut it off such that it weakens its growth.

[2] Translator's note: the following is actually ibn al-Qayyim's words from Zaad al-Ma'aad although it is being cited from ash-Shawkani's Nayl al-Awtaar.

[3] The rest of this section is the continuation of Ash-Shawkani's words.

[4] Nayl al-Awtaar (1/141)


[Important note: this note is a mere sharing of knowledge. By no means should it be taken as an effort to enforce a particular opinion as being raajih (most correct) although I (Ibn Shamsud-Deen) personally feels more at ease and tranquil with Imam ash-Shawkani's conclusion.]

(This note was originally posted on Facebook on March 20, 2011.)

Andai difitnah

Andai difitnah
Usah melulu
Mencari dalang
Renungilah
Muhasabahlah diri
Mungkin kan terlihat
Kekurangan sendiri

Andai difitnah
Usah terburu
Mencari salah
Menyalahi atau menyalahkan
Berhentilah seketika
Itu ujub namanya
Bila merasa
Diri benar
Orang lain salah

Andai difitnah
Bersucilah
Ruku' dan sujud
Berbicara kepadaNya
Yang Maha Mendengar
Maha Bijaksana
Kembalikan segala
Urusan kepadaNya
Jiwa kan tenang
Damailah minda
Tawakallah dan pasrah
Sebagai hamba

(c) Ibn Shamsud-Deen
13032011

Tiada Sepantas Sihir

Tiada jalan pantas
Sepantas sihir
Mengubati sihir
Namun
Sepantas itu
Aqidah tergadai
Akhiratmu terbengkalai
Di dalam Api

Andai dikatakan kepadamu
"Kau kan mati keranaku"
Usah dikau peduli
Usah pula engkau khuatiri
Yakinlah
"Setiap jiwa kan merasai mati"
Setiap ajal telah ditentukan
Tidak mungkin dilewatkan
Tidak pula diawalkan
"Pantang mati sebelum ajal"

Demi Tuhan
Yang jiwaku di dalam TanganNya
Tiada ku gentar dengan sihir
Tidakku takut dengan tukangnya
Maka usahlah kamu takut
Kecuali dengan Rabb sekalian alam
Pohonlah kekuatan dariNya
PerlindunganNya
Dan kesabaran
Menempuhi dugaan
Meningkatkan keimanan
KepadaNya

(c) Ibn Shamsud-Deen
07032011

Walking in front of a Praying Person

We know that it is forbidden to walk in front of a praying person, based on the hadith which states that it is better to wait for 40 (it was mentioned whether it is days, months or years) than to walk in front of a praying person.

(This prohibition doesn't apply to the follower (ma'mum). It only applies to the imam and the one praying alone.)

If the praying person uses a sutrah (something that acts as a wall that serves as a front border of the praying person), then one can simply walk beyond the sutrah.

What if the praying person does not use a sutrah, as is usually the case in many mosques here?

If a person does not have a sutrah in front of him, then it is estimated where the sutrah would be and one walks beyond it.

This was mentioned by Sheikh Saalih aal Sheikh (Credits to "Creed of as-Salaf as-Salih" for their post on Common Mistakes in Prayer).

The same was mentioned by Sheikh Ibn Uthaymeen, as I was informed by a friend.

Wallahu a'lam

(Disclaimer: this is mere quoting from understanding and memory. If anyone is able to quote the actual source, please do share.)

[This note was originally posted on Facebook on March 6, 2011.]

"..sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang zalim."

"Laa ilaaha illaa anta, Subhaanaka innii kuntu minazh-Zhaalimiin." (Tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang zalim.)

Ayat yang cukup masyhur, ramai pasti sudah tahu. Ayat yang biasanya dibaca dalam keadaan merasakan diri penuh dosa.

Kisah Nabi Yunus meninggalkan kaumnya kerana merasakan mereka tidak akan menerima dakwahnya.

Tatkala di dalam pelayaran bahtera, ribut taufan melanda. Barang muatan terpaksa dibuang ke laut demi menyelamatkan bahtera daripada karam.

Namun, ianya tidak memadai. Nakhoda memutuskan salah seorang daripada mereka terpaksa dibuang ke laut.

Undian dijalankan beberapa kali. Tiap kali terkena kepada Nabi Yunus.

Nabi Yunus merasakan inilah hukuman dari Allah kerana melarikan diri daripada tanggungjawab dakwah. Beliau rela dibuang ke laut.

Tatkala dibuang ke laut, ikan Nun (yang diibaratkan seperti ikan paus) memakannya. Selama di dalam perut ikan Nun, beliau bermunajat, khususnya membaca ayat ini. Menyatakan kekesalan, menyatakan keinsafan, mengharapkan rahmat dari Tuhan sekalian alam.

Ternyata ikan Nun membawanya ke pantai, pulang kepada kaumnya. Kaumnya telah insaf kerana khuatir datangnya azab setelah ditinggalkan Nabi Yunus. Mereka menyatakan keimanan mereka.

Pengajaran:
- ayat ini ayat motivasi, untuk membangunkan semangat yang telah patah, membangkitkan ikhtiar mereka yang berputus asa.

- manusia itu lemah, tak lepas daripada kesalahan dan kesilapan. Sentiasa memerlukan petunjuk daripada Tuhannya.

- Dengan mengakui kelemahannya sebagai hamba, lantas menyatakan dan meyakini Allah sebagai Tuhannya, sebagai Tuhan yang disembah, juga Rabbul 'Alamin, di situlah kekuatan, di situlah dorongan dan motivasi, di situlah dengan rahmatNya Allah menunjukkan jalan keluar bagi permasalahannya.

Wallahu a'lam.

(Nota ini asalnya diterbitkan di Facebook pada 6hb Mac 2011)

Ada Apa Dengan "Label" Diri?

Tidak dinafikan, label itu ada kalanya perlu.

Label "Melayu" akan memperkenalkan seseorang sebagai berbangsa, berbahasa dan berbudaya Melayu. Begitu juga dengan "label" Cina, India dan selainnya.

Ini akan menjadikan kita lebih peka akan perbezaan antara kita, sehingga jika diadakan kegiatan, kita memastikan tiada perkara yang mungkin menyinggung bangsa yang berlainan.

Begitu juga, bila diadakan jamuan, maka akan prihatin untuk pastikan ada hidangan yang halal (untuk orang Melayu yang pastinya Muslim), yang tiada daging lembu (peka terhadap "pantang larang" sebahagian orang Cina dan juga orang India terhadap daging lembu) dan yang vegetarian (bagi penganut Hindu dari kalangan orang India, juga sebahagian orang Cina).

Namun, seringkali juga kita ketepikan label ini. Dalam kehidupan seharian, kita lebih utamakan diri sebagai warga Singapura, bekerja dan beriadah bersama, membangunkan ekonomi dan negara. Lagi-lagi bila pilihan raya nak dekat. (Hehe, bergurau sahaja.)

Bererti, apabila ada sesuatu maslahat, maka sesuatu label itu perlu diketepikan. Malah, ada kalanya perlu ditinggalkan.

Misalnya, seperti yang berlaku di negara jiran. "Kami orang PAS!", sorak sekumpulan. "Kami orang UMNO!", teriak kumpulan lawan.

Sehingga kecoh sebab bila nak solat berjemaah pun sampai ada dua jemaah: satu jemaah PAS, satu jemaah UMNO. Bayangkan, dua jemaah dalam satu masjid! Subhanallah.

Kepada saudara kita di Malaysia, usahlah kita lupa akan "label" utama kita sebagai Melayu dan juga sebagai Muslim. Apakah wajar sesama Muslim bercakaran dan berpecah-belah?

Dalam situasi seperti ini, teramatlah wajar diketepikan, malah ditinggalkan "label" diri demi perpaduan ummah, bersolat dalam satu jemaah, kerana kita sesama Muslim.

Dan cakap tentang solat, mujur sekarang kita tidak begitu hiraukan tentang "label" mazhab fiqh, khususnya "Aku Syafie" dan "Aku Hanafi". Sehingga yang bermazhab Syafie enggan solat di belakang seorang Hanafi kerana khuatir dia telah melakukan sesuatu yang membatalkan wudhu' (menurut mazhab Syafie tetapi tidak menurut mazhab Hanafi). Begitu juga yang Hanafi tidak akan solat Asar di belakang seorang Syafie kerana belum masuk waktu (menurut mazhab Hanafi). Alhamdu lillah, mujur tidak berlaku lagi seperti ini, ataupun telah berkurangan.

Malah, dahulu, dikatakan penganut mazhab Syafie tidak boleh bernikah dengan penganut Hanafi. Dan ada pula fatwa yang membolehkan seorang lelaki Hanafi bernikah dengan seorang wanita Syafie dengan qiyas bolehnya lelaki Muslim bernikah dengan wanita Ahli Kitab. Makanya, dengan fatwa itu juga bererti lelaki Syafie tidak boleh bernikah dengan wanita Hanafi atas qiyas yang sama. Subhanallah, sampai begitu sekali.

Alhamdu lillah, mujur sekarang tidak lagi begitu. Dalam situasi seperti ini, memang wajar kita tinggalkan "label" diri dengan tetapi mengidentitikan diri sebagai Muslim.

Mungkin, atas dasar yang sama, boleh saya sarankan agar "label" Sufi dan Salafi ditinggalkan. (Saya pasti ada yang akan bantah dan marah.) Atau paling tidak, diketepikan dalam meraih maslahah memelihara perpaduan masyarakat Islam, dan atas dasar "wa ta'awanu 'ala al-Birr wa at-Taqwa" (dan bekerjasamalah atas kebaikan dan ketaqwaan).

Kerana yang lebih utama bukanlah label "Sufi" itu sendiri sehingga ada yang berkata, "Kami ahli Tasawwuf sedangkan kamu bukan", tetapi menghidupkan dan menyemaikan tazkiyyatun-Nafs (penyucian jiwa) dalam kehidupan seharian.

Kerana yang lebih utama bukanlah label "Salafi" itu sendiri sehingga ada yang berkata, "Kami Salafi, kamu bukan; kami berada pada kebenaran, kamu bukan", tetapi menghidupkan dan menyemaikan manhaj Salaf, yakni untuk berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah berdasarkan pemahaman Sahabat, Tabi'in dan Tabi'ut Tabi'in.

Kerana pada akhirnya, hanya satu label yang kekal pasti, sebagaimana tertera pada kad pengenalan dan passport, "Muslim". Kerana "label" inilah yang membawa erti penyerahan dan pengabdian kepada Yang Esa, mengikuti syariat Nabi Muhammad dan bersolat menghadap qiblat yang satu.

Wallahu a'lam

Ibn Shamsud-Deen
05042011