Panjang benar Ustaz Haji Ali Haji Mohammed, pengerusi Masjid Khadijah dan pengasas Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) menulis tentang Maulid Nabi di Berita Harian, 23hb Mac 2007. [http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,92900,00.html?]
(Nota: Cyberita hanya menyimpan arkib selama 6 hari)
(Nota: Cyberita hanya menyimpan arkib selama 6 hari)
Mungkin ada pembaca yang bertanya siapalah saya untuk memberi komentar terhadap artikel yang ditulis oleh Ust Haji Ali. Beliau seorang ustaz, saya masih Talib al-'Ilm (penuntut ilmu), yang belum kuasai bahasa Arab lagi.
Maka ana menjawab, Ustaz Haji Ali memang saya hormati sebagai seorang ustaz yang telah mengasaskan RRG demi memulihkan dan meluruskan pemahaman agama anggota-anggota JI yang telah ditahan ISD.
Namun, dalam hal agama, yang haq tetap haq. Kita dituntut mengikut yang haq walau di mana ia berada. Kita dituntut menegakkan haq, menegakkan kebenaran.
Imam al-Dzahabi pernah berkata tentang Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah:
"Syeikhul Islam memang aku cintai, tetapi kebenaran lebih aku cintai."
Ya, saya masih Talib al-'Ilm tetapi apabila ana mengetahui dan memahami sesuatu yang haq (benar), ana tidak boleh berdiam diri. Ibnu Daqiq al-'Id mengatakan bahawa orang yang menyeru kepada kemungkaran/kebatilan adalah syaitan yang lantang manakala orang yang berdiam terhadap kemungkaran/kebatilan adalah syaitan yang bisu.
Saya sama sekali tidak mahu menjadi syaitan yang bisu. Maka, saya berkewajipan menyampaikan yang haq sekalipun ianya bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh seorang ustaz.
Tambahan pula, Maulid Nabi adalah suatu yang bid'ah yang mana masyarakat masih kabur terhadap kenyataan ini, atas sangkaan "ianya adalah perkara yang baik."
Namun, Ibnu Umar pernah berkata: "Setiap bid'ah (dalam agama) adalah sesat, sekalipun orang ramai menganggapnya baik." [1]
Fakta-fakta yang benar yang disebutkan Ust Haji Ali di dalam artikelnya tidak akan saya ulas, seperti kenyataan Imam Suyuti mengenai bolehnya menyambut Maulid Nabi. Saya hanya menyampaikan beberapa fakta yang perlu pembaca ketahui.
1) Asal-usul Sambutan Maulid Nabi
Dalam mengulas tentang sejarah Maulid Nabi, Ustaz Haji Ali hanya menyebutkan tentang Raja Muzaffar menganjurkan sambutan Maulid Nabi secara raksasa.
Dalam mengulas tentang sejarah Maulid Nabi, Ustaz Haji Ali hanya menyebutkan tentang Raja Muzaffar menganjurkan sambutan Maulid Nabi secara raksasa.
Saya tak pasti sama ada beliau mengetahui ataupun tidak. Kerajaan Fatimiyyah merupakan yang pertama menganjurkan sambutan Maulid Nabi. Hal ini turut disebutkan dalam fatwa/artikel yang pernah saya baca di lelaman Islam Online [2].
Pendakwah Salafi, Ustaz Abu Faruq Rasul Bin Dahri [3], dalam sebuah kuliahnya, menukil dari kitab Al-Ibdaa' [4] oleh Syeikh Ali Mahfuz, salah seorang Kibaarul-'Ulamaa al-Azhar, yang menyebutkan bahawa Maulid Nabi pertama kali disambut oleh kerajaan Fatimiyyah yang dikenali akan kerosakan 'aqidahnya dan fasad (kekejian).
Mengapa? Kerana kerajaan Fatimiyyah (yang menguasai Mesir) berfahaman Syi'ah! [5]
Bahkan, apabila ada orang yang menentang sambutan Maulid dan menghukumnya bid'ah, orang tersebut akan dilabel "Wahhabi".
Ustaz Rasul menyebutkan bahawa beliau tidak jumpa satu kitab pun oleh Syeikh Muhammad bin 'Abdul-Wahhab yang menyentuh tentang Maulid. Mengapa? Kerana Arab Saudi ketika itu tidak menyambut Maulid, lalu Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahhab tidak menyusahkan dirinya untuk menulis tentangnya.
Malah, Ustaz Rasul meneruskan bahawa yang banyak sambut Maulid adalah di Mesir! Dan ini sudah tentu pengaruh dari kerajaan Fatimiyyah. [6]
Kesimpulannya, siapa yang mula-mula menyambut Maulid? Orang Syi'ah. Jadi, sambutan maulid merupakan sunnah siapa? Sunnah Syi'ah!
Lalu mengapa kita menyambutnya? Kita mengaku beri'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama'ah dan menentang fahaman Syi'ah tetapi kita mengamalkan sunnah Syi'ah. Subhanallah..
Kalau kita benar-benar Ahlus Sunnah wal Jama'ah, maka hendaklah kita tinggalkan sambutan Maulid kerana ianya sunnah Syi'ah. Hendaklah kita meninggalkan Barzanji kerana penulisnya seorang Syi'ah. [7]
2) Pendirian sebenar Ibnu Kathir dan Ibnu Rajab terhadap sambutan Maulid
Balik kepada perbincangan, Ustaz Haji Ali ada menukil daripada Imam Ibnu Kathir dan Imam Ibnu Rajab seolah-olah mereka menyetujui sambutan Maulid.Hal ini boleh menimbulkan kekeliruan.
Balik kepada perbincangan, Ustaz Haji Ali ada menukil daripada Imam Ibnu Kathir dan Imam Ibnu Rajab seolah-olah mereka menyetujui sambutan Maulid.Hal ini boleh menimbulkan kekeliruan.
Walaupun saya tidak dapat menukil daripada kitab-kitab mereka (kerana keterbatasan ilmu dan sumber), apa yang dapat saya katakan ialah kedua-dua Imam Ibnu Kathir dan Imam Ibnu Rajab merupakan ulama Salafi yang tegas terhadap bid'ah.
Malah, Imam Ibnu Kathir menegaskan, antaranya di dalam kitab tafsirnya, kaedah syari'i yang berbunyi "Lau kaana khairan lasabaqoona ilaihi". Jika sesuatu amalan itu baik, nescaya mereka (para Sahabat) akan mendahului kita dalam mengamalkannya.
Lalu bagaimana mungkin kedua imam tersebut menyetujui sambutan Maulid?
Hujjah-hujjah yang sebenarnya masuk akal tetapi tidak difahami oleh orang ramai
Syeikh Muhammad ibn Salih al-Uthaymeen ada menerangkan bahawa sesuatu amalan itu, jika ianya tidak dikhususkan Nabi akan caranya, waktunya, tempatnya dan bilangannya, nescaya bukan hak kita untuk mengkhususkannya.
Syeikh Muhammad ibn Salih al-Uthaymeen ada menerangkan bahawa sesuatu amalan itu, jika ianya tidak dikhususkan Nabi akan caranya, waktunya, tempatnya dan bilangannya, nescaya bukan hak kita untuk mengkhususkannya.
Akan tetapi, dalam sambutan Maulid, kita akan dapati sebahagian Muslim mengkhususkan cara tertentu dalam mengamalkannya. Maka ianya bid'ah.
Begitu juga, hujjah ramai orang bahawa mereka menyambut Maulid atas dasar cinta kepada Nabi.
Lalu saya jawab, mengapa dari dulu sampai sekarang masih tak berjanggut? Mengapa masih isbal[8]? Bukankah ada perintah dari Nabi menyuruh kita memelihara janggut dan tidak isbal?
Tidak kira sama ada kita mentafsirkannya sebagai wajib atau sunat. Pokoknya, Nabi mengamalkannya dan memerintahkannya. Maka, kita yang mengaku umat Muhammad dan mencinta Baginda seharusnya mengamalkannya atas dasar cinta tanpa menghiraukan sama ada ianya wajib atau sunat.
Menzahirkan cinta kita kepada Nabi Muhammad adalah dengan mengamalkan Sunnahnya. Dan sudah tentu kita mengamalkan Sunnah yang Sahih.
Apakah kita telah teliti sama ada 'aqidah kita bertepatan dengan 'aqidah Nabi dan para Sahabat?
Adakah kita telah teliti ibadah kita menepati Sunnah Nabi yang Sahih?
Adakah kita telah teliti ibadah kita menepati Sunnah Nabi yang Sahih?
Lalu, apakah kita benar dalam mengaku kita mencintai Nabi Muhammad sallAllahu 'alayhi wa sallam?
Renungkanlah dan muhasabahlah diri. Moga kita diberi hidayah dari Allah subhanahu wa ta'ala.
Wallahu al-Musta'an.
__________________
Nota kaki:
[1] Riwayat Abu Syamah dengan sanad hasan. Imam Abu Syamah seorang ulama hadith bermadzhab Syafi'i.
[1] Riwayat Abu Syamah dengan sanad hasan. Imam Abu Syamah seorang ulama hadith bermadzhab Syafi'i.
[2] Saya dan para saudara Salafi yang lain sama sekali tidak menyetujui lelaman Islam Online yang diasaskan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi kerana kami menentang 'aqidah beliau.
[3] Di sini, tanpa rasa takut, saya mengakui sebagai murid Ustaz Rasul Dahri hafizahullah, walaupun saya boleh disifatkan sebagai antara murid beliau yang baru. Secara rasmi, saya hanya mula mengikuti kuliah beliau semenjak Syawal lalu, namun sudah lama juga saya mengenali namanya dan usahanya menyeru kepada da'wah Salafi, kepada Manhaj Salaf.
Ya, saya akui bahawa saya tahu beliau dilarang memberi ceramah di masjid-masjid dan persatuan-persatuan di Singapura. Namun, saya juga tahu da'wah beliau adalah da'wah yang benar dan saya menyokong beliau dan akan membelanya sedaya upaya. Dan saya bersyukur kepada Allah ta'ala kerana memungkinkan saya menuntut ilmu daripadanya.
Maka, barangsiapa yang menuduh Ustaz Rasul sebagai sesat atau membawa ajaran yang menyeleweng, sila bawakan bukti. Telah lama beliau meminta ditunjukkan "kesesatannya" tetapi tiada seorang pun yang tampil.
[4] Saya tidak ingat judulnya yang panjang.
[5] Bahkan, sejarah menyebutkan bahawa Universiti Al-Azhar asalnya ditubuhkan oleh kerajaan Fatimiyyah sebagai institusi penyebaran fahaman Syi'ah. Saya tak dapat tukil dari mana saya baca, mohon maaf.
[6] Ayat "Dan ini sudah tentu pengaruh dari kerajaan Fatimiyyah" adalah kata-kata saya sendiri.
[7] Malah, di dalam Barzanji terdapat unsur-unsur syirik. Rujuk kepada vcd Ust Rasul, "Kemungkaran dalam Barzanji".
[8] Isbal ialah memakai seluar atau kain melebihi buku lali.
3 comments:
Assalamualaikum,
last year when i asked you abt the brochures, i didnt understand the impact it would cause. now, when i understood the meanings and their purpose of having one, now i understand and it did made a grave impact.
May Allah bless you for ur kind intentions. Amin.
however, i think this insyaAllah can be avoided if, they accept this as a regular practice, ie, monthly, weekly, or smth like that..so that they understand that the teachings of nabi and his histories cannot be ignored until his birthday comes.
oh tadi, lupa nak letakkan nama. ahehe. -nazira.
Wa 'alaykum as-Salamu wa rahmatullah.
What brochures are you referring to? Is it the one on the rows in prayer?
One thing we must understand is that Islam is as-Sunnah, as-Sunnah is Islam.
Hence, the Sunnah should be taught to the people every single day, in every single lesson because the religion is as-Sunnah.
"Pray as you see me pray", "Take from me the rites of your Hajj". Such are the sayings of our beloved Prophet which indicates that the religion is about his Sunnah.
And there is no such thing as birthday celebration in Islam. It is an innovation, including celebrating your on birthday.
It is the Christians who first celebrate the birthday of Jesus.
Thus, we shouldn't imitate them because the Prophet said, "whoever imitates a people, he is among them."
Wallahu a'lam.
Post a Comment