Thursday, March 22, 2007

Contoh kemungkaran dalam kenduri tahlil

Artikel sebelum ini sebenarnya mendedahkan satu lagi kemungkaran dalam kenduri tahlil. Yang mana, bagi kita yang biasa atau pernah mengamalkan kenduri tahlil, antara bacaan yang akhir-akhir dibaca ialah 3 Qul, di mana antara satu surah dengan surah yang berikutnya akan dibaca tahlil dan takbir, yakni "Laa ilaaha illAllaahu wAllaahu Akbar".

Nah, artikel sebelum ini telah membuktikan ianya tidak mempunyai dasar dalam Sunnah yang sahih dan tidak pula diamalkan oleh para Sahabat. Justeru ianya bid'ah.

Antara perkara yang saya secara peribadi anggap lucu ialah masyarakat Melayu Islam, khususnya di Singapura, Malaysia dan Indonesia, mengaku bermadzhab Syafi'i.

Bahkan ada yang mengaku amalan kenduri tahlil ini adalah dari madzhab Syafi'i!

SubhanAllah.. mungkin mereka belum pernah membaca sebuah riwayat bahawa Imam Syafi'i rahimahullaah pernah melarikan diri dari kota Basrah kerana di situ terdapat sekumpulan manusia yang mengamalkan suatu amalan yang diada-adakan di dalam agama yang dinamakan "tahlilan" (yakni kenduri/majlis tahlil).

SubhanAllah.. Imam Syafi'i larikan diri dari kota Basrah kerana tidak mahu syubhat sedikit pun dengan bid'ah tersebut. Beliau larikan diri dari bid'ah tersebut.

Akan tetapi, masyarakat Melayu Islam yang mengaku bermadzhab Syafi'i bukan melarikan diri dari bid'ah tersebut tetapi "lari" untuk menghadiri majlis tersebut kerana "menganggapnya baik".

SubhanAllah..

Perlu kita ketahui bahawa Ibnu Umar radhiyAllahu 'anhu pernah berkata:
"Setiap bid'ah (dalam agama) adalah sesat, sekalipun orang ramai menganggapnya baik."

Athar ini diriwayatkan oleh Abu Syamah dengan sanad hasan.

Siapakah Imam Abu Syamah rahimahullah? Beliau seorang ahli hadith yang bermadzhab Syafi'i.

Lalu mengapa kita yang mengaku bermadzhab Syafi'i tidak mahu mengambil athar Ibnu Umar yang diriwayatkannya, lalu menetapkan dengan tegas bahawa setiap bid'ah dalam agama adalah sesat dan akan bawa ke neraka?

Kalau mungkin ada daripada kita yang belum mengetahui athar tersebut, maka sekarang kita telah ketahui. Lalu nilailah.

Wallahu a'lam.

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

"SubhanAllah.. Imam Syafi'i larikan diri dari kota Basrah kerana tidak mahu syubhat sedikit pun dengan bid'ah tersebut. Beliau larikan diri dari bid'ah tersebut.

Akan tetapi, masyarakat Melayu Islam yang mengaku bermadzhab Syafi'i bukan melarikan diri dari bid'ah tersebut tetapi "lari" untuk menghadiri majlis tersebut kerana "menganggapnya baik".

SubhanAllah.."..

hehe. i find this very amusing.

btw, i hope you don't mind that i use your address link to stress on my topic of my blog entry. :)

Anonymous said...

-nazira again. haha. lupa lagi.

Ibn Shamsud-Deen as-Sanghafooree said...

Wa 'alaykum as-Salamu wa rahmatullah.

Tafaddhali.

Anonymous said...

Kalau memang bi'ah tolong di tulis dong hadistnya..

Ibn Shamsud-Deen as-Sanghafooree said...

sebenarnya, kalau kenduri tahlil itu dianjurkan, seharusnya dibawakan dalil.

Sebab kaedah fiqh menyatakan berkenaan ibadah, "asal segala sesuatu adalah haram melainkan ada dalil sahih yg menghalalkan."

lalu apakah dalil yg membolehkan kenduri tahlil?