Thursday, September 27, 2007

Tarawih 8 Rakaat: Pengesyoran yang dialu-alukan

Luar Negara : 26 September 2007 Mudah cetakE-mel
Mudah cetak | E-mel
SYOR TARAWIH LAPAN RAKAAT MUDAHKAN GOLONGAN UZUR

PARIT (Perak): Kariah masjid dan surau di negeri ini disyorkan mengadakan solat tarawih lapan rakaat berbanding 20 rakaat sebagai kemudahan untuk warga emas yang uzur dan orang kurang upaya selain menarik minat generasi muda mengikuti ibadat yang dituntut itu sehingga selesai.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pendidikan Agama Perak, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan, berkata syor itu dikemukakan selepas pemerhatian pihaknya sejak awal Ramadan mendapati ramai orang Islam terutama golongan muda terus meninggalkan masjid atau surau sebaik saja mengerjakan lapan rakaat solat tarawih berjemaah.

'Ia mewujudkan pandangan yang 'tidak manis' apabila sebaik saja selesai rakaat kelapan solat tarawih, masjid atau surau yang penuh dengan jemaah tiba-tiba menjadi lengang dan hanya tinggal satu atau dua saf saja yang terdiri daripada mereka yang mahu meneruskannya sehingga 20 rakaat.

'Apa yang membimbangkan ialah mereka keluar masjid dan tidak melakukan solat witir (solat penutup) berbanding jika dibuat lapan rakaat, biasanya mereka akan menunggu sehingga selesai keseluruhan solat tarawih dan witir,' katanya.

Datuk Mohd Zaim berkata, pelaksanaan solat tarawih lapan rakaat juga boleh menjadi satu daripada pendekatan dakwah untuk menarik minat golongan muda khususnya remaja dan belia terus mendekati masjid bukan saja sepanjang Ramadan tetapi ketika mengerjakan solat fardu pada bulan lain.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan negeri tidak berhasrat untuk mensyaratkan perkara itu sebaliknya bersikap terbuka dan menyerahkannya kepada kebijaksanaan kariah masjid dan surau.

Datuk Mohd Zaim berharap perkara itu tidak dijadikan isu yang diperdebatkan atau dipersoalkan sehingga menimbulkan pertelingkahan atau ketegangan sesama umat Islam di negeri ini. -- BHM.

No comments: