Saturday, September 15, 2007

Mengapakah anda berjanggut?


Mungkin sebahagian daripada kita pernah ditanya, "Mengapakah anda berjanggut?"

Maka, ketahuilah bahawa telah dikhabarkan bahawa Syeikh Ibnu Uthaymeen rahimahullah perlu menjalani chemotherapy untuk merawat penyakit barah yang dihidapinya. Lalu beliau bertanya sama ada rawatan tersebut akan menyebabkan janggutnya gugur. Soalannya itu dijawab bahawa ya, ianya akan menyebabkan janggutnya gugur. Syeikh lalu menolak untuk menjalani rawatan tersebut sambil berkata, "Aku malu untuk menghadap Allah dalam keadaan tak berjanggut."

[Boleh rujuk kepada link berikut:
http://tashfeeyah.multiply.com/video/item/31/Pujian_Mufti_Perlis_
Dr_MAZA_terhadap_Sheikh_Muhammad_Ibn_Saalih_Al_Utsaimin]

Subhanallah.. demikianlah peribadi seorang alim yang salih lagi warak. Manakala kita yang ada janggut pula mencukurnya..

Maka jika ditanya mengapa kita berjanggut
Katakanlah:
"Aku malu kepada Allah
Malu untuk menghadapNya
Dalam keadaan tak berjanggut

Aku malu kepada Allah
Malu untuk berjalan
Di permukaan bumi ciptaanNya
Dalam keadaan aku melanggar
Fitrah berjanggut yang ditetapkanNya

Aku malu kepada Rasulullah
Malu mengaku sebagai umat Muhammad
Sedangkan aku melanggar Sunnah dan perintahnya
Untuk berjanggut

Aku malu kepada Rasulullah
Malu mengaku sebagai umatnya
Malu memohon syafaatnya
Di Akhirat kelak
Dalam keadaan aku tak berjanggut"

Dan jika ditanya boleh juga berkata:
"Aku mengamalkan Sunnah Muhammad, Isa dan Musa
Dan para nabi dan rasul selain mereka
Di mana mereka berjanggut kesemuanya"


Renungkanlah dan insafilah dari dosa mencukur janggut.. Kerana keempat-empat imam mazhab sepakat tentang haramnya mencukur janggut.

Bagi yang bermazhab Syafi'i, ketahuilah bahawa Imam asy-Syafi'i rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya al-'Umm bahawa mencukur janggut itu haram. Manakala Imam an-Nawawi rahimahullah mengambil sikap tegas dalam mengatakan bahawa di sisi mazhab kami (yakni mazhab Syafi'i), janggut itu hendaklah dibiarkan panjang tanpa digunting/dipotong sedikitpun.

Namun, tidaklah mengapa kalau kita menggunting janggut agar rapi dan kemas, dan setahu ana, ini dibolehkan dan dilakukan oleh Imam Malik (yang juga menganjurkan agar janggut itu dibiarkan panjang).

Dan boleh juga kita mencontohi perbuatan Ibnu 'Umar radhiyAllahu 'anhuma bahawa beliau memotong/menggunting janggutnya apa yang melebihi genggamannya. Dan dikatakan bahawa Saiyidina 'Umar dan Abu Hurairah radhiyAllahu 'anhuma juga berbuat demikian.

Namun, untuk memotong/menggunting kurang dari segenggam, maka ianya tiada contoh dari kaum Salaf as-Salih, yakni para Sahabat, Tabi'in dan Tabi'ut-Tabi'in ridhwanullahi 'alayhim.

Wallahu a'lam.

No comments: