Tuesday, August 26, 2008

Ramadan Ditentu Secara Rukyah

MAKKAH: Majlis Ulama Kanan Arab Saudi kelmarin menolak desakan agar tarikh menentukan permulaan dan akhir Ramadan ditentukan secara pengiraan astronomi atau hisab.

'Syariah tidak menerima pengiraan astronomi berdasarkan Matematik sebagai asas bagi menentukan permulaan dan akhir Ramadan,' kata pengerusinya dan Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Sheikh.

Majlis berkenaan mengakhiri siri perbincangan isu berkenaan dan mengemukakan pendapat akhir Selasa lalu bahawa kaedah melihat anak bulan atau rukyah mesti menjadi asas penentuan permulaan dan akhir bulan.

Sheikh Abdul Aziz berkata sesiapa yang meragui kaedah melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa dan hari raya, dianggap lemah dan tidak sempurna iman.

Beliau menafikan dakwaan bahawa umat Islam mungkin terpaksa bergantung pada hisab untuk menentukan permulaan Ramadan. -- Agensi.

No comments: