Friday, August 22, 2008

Cakap Pasal Ramadhan

Maklumlah Ramadhan akan tiba.. mari kita "semak" fakta-fakta penting berkaitan bulan puasa ini secara ringkas.. dan mohon maaf kalau bunyinya macam wartawan akhbar bergosip.. saje je nak buat tulisan ini se-selamba mungkin.. hehe..

1) Niat

Mafhum, niat tu rukun ibadah.. "Setiap amalan itu berdasarkan niat..", bunyi hadith pertama dalam kitab Riyadhus Salihin oleh Imam an-Nawawi..

Yang dituntut dari niat ialah keikhlasan niat itu kerana Allah.. dan tentu sekali niat yg sah.. jgn pula bulan Ramadhan ni diniatkan puasa sunat pula..

Mafhum juga, syarat sah ibadah adalah:
- ikhlas
- ittiba'
(ada ulama tambah yg ketiga, yakni Islam)

Makanya, ikhlaskan hati kita menjalani ibadah puasa kerana Allah.. bukan kerana mak bapak suruh, atau kerana malu dgn kawan2, dan sebagainya.. walaupun itu mungkin yg mendorong kita berpuasa..

Tentang ittiba' adalah bicara selanjutnya..

2) Melafazkan niat??

Biasanya setiap malam kita diingatkan supaya melafazkan niat: "Nawaitu shauma ghadin an adaa'i fardhi syahri ramadhana hadzihis sanati lillahi ta'ala."

Lagi2 Pak Bilal yang akan "lead the way" setiap lepas Tarawih..

Perlukah lafazkan niat? Takde satu pun hadith Nabi ajar para Sahabat cara melafazkan niat... makanya dari mana ye kita dapat "ilmu" lafaz niat ni?

Setiap perbuatan kita, baik ibadah atau bukan, diawali dgn niat.. kerana niat itu adalah keinginan utk melakukan sesuatu perkara..

Adakah kita lafazkan, "Saje aku makan burger ini kerana perut aku lapar"? Takde kan? Tapi kita ada niat nak makan burger tak? Tentu sekali.. perlu lafaz tak? Tak..

Begitu juga dalam solat.. kalau ikutkan, niat solat lagi panjang, merangkumi:
"Saje aku solat fardhu Zuhur 4 rakaat pada waktunya, menghadap kiblat, sbg makmum, lillahi ta'ala."

Kalau ikutkan, kena lebih teliti.. disebutkan juga "2 tasyahhud" (sebab Nabi pernah solat 4 rakaat dgn satu kali tasyahhud) dan seterusnya... dah jadi satu kerja..

Kesimpulannya, para ulama jelaskan, niat itu ialah bila kita tahu apa yang kita akan lakukan.. tu lah niat..

Dan tentu bila kita sedar esoknya Ramadhan, kita sedar bahawa wajib kita puasa.. dan kita akan berpuasa (takde uzur, khususnya kaum wanita).. itulah tanda kita dah berniat.. yakni, berkeinginan utk berpuasa..

Tambah lagi bila kita bangun Sahur..

3) Lambatkan Sahur & tiada Imsak

Yang Sunnah, dilambatkan sahur.. dan sebenarnya tiada istilah imsak.. masih boleh makan sehingga kedengaran azan.. Pernah Saiyidina Umar sdg memegang bejana air lalu kedengaran azan, lalu beliau bertanya Rasulullah, "Apakah aku masih boleh minum?" Dan Rasulullah katakan boleh..

[Yakni, minum/makan apa yg dah dlm pegangan.. bukan habiskan satu pinggan nasi setelah kedengaran azan.. apatah lagi, dah dengar azan, baru sibuk nak bancuh kopi atau Milo.. hehe..]

4) Boleh berus gigi dalam keadaan puasa

Boleh berus gigi, takde masalah, tak kira pagi atau petang.. kerana keumuman anjuran bersiwak, khususnya sebelum wudhu'/solat..

5) Elakkan dari perkataan yang tidak baik atau pertelingkahan

Jaga mulut, jaga hati.. kalau ada yg nak gaduh dgn kita, katakanlah "Sesungguhnya aku berpuasa.." Peliharalah pahala puasa kita..

6) Jgn tak solat

Siapa kata puasa tak yah solat? Solat tetap kena lakukan.. takde alasan penat atau lapar atau haus..

7) Boleh sedut air ke dalam hidung ketika wudhu'

Asalkan tidak keterlaluan..

8) Segerakan berbuka, jgn lantak makanan tu. Segerakan solat Maghrib juga

Segerakan berbuka bila kedengaran azan maghrib.. Sunnah berbuka dengan kurma atau air.. jgn terus lantak makanan.. perut tak leh angkat...

Dah "alas perut", solat Maghrib.. lepas solat Maghrib, nak lantak lagi, lantaklah.. jgn berlebihan..

Natijahnya, disegerakan berbuka dan juga solat Maghrib.. kerana Nabi pesan, umatnya akan sentiasa dlm kebaikan selagi mereka segerakan solat Maghrib..

Lagipun, takut nanti syok sangat makan, dia lupa nak solat Maghrib..

9) Solat Tarawih.. imam.. buat 8 je k?

Selain lebih menepati Sunnah.. imam kenalah tgk... jemaah ramai yg "menghilang" setelah 8 rakaat..

Kan lebih baik imam buat 8 rakaat je, tambah 3 rakaat witr? Agar jemaah semuanya "stay all the way".. Fadhilat qiyamullail tu bila makmum solat di belakang imam dari awal hingga akhir..

10) Pak Imam, Qur'an tu 30 Juzu'.. takkan surah tu surah tu je setiap malam?

Kita tak lah mengharapkan Pak Imam hafal seluruh Qur'an.. tak pula mengharapkan Pak Imam khatamkan seluruh Qur'an sepanjang Ramadhan, walaupun ianya baik..

Tapi Pak Imam.. pelbagaikanlah bacaan itu.. asyik surah sama je setiap malam, tak boring ke? Seharusnya dipelbagaikan bacaan surah agar makmum dapat tadabbur..

11) Qiyamullail, Pak Imam.. bukan lumba kuda..

Pak imam ni pun.. baca Qur'an tak leh tunjuk terror, baca laju.. tartil Pak Imam oii..tu lebih penting.. indahkanlah bacaan al-Qur'an dengan suaramu..

Sunnahnya Qiyamullail ialah lamanya berdiri.. bukan nak cepat habis..

Memang nak ringankan utk Jemaah, mmg tu Nabi pesan.. tapi bila Qiyamullail.. Nabi sendiri baca lama.. sampai bengkak kaki kadang..

Pada zaman Umar, Ubay bin Ka'ab dan Tamim ad-Dari akan imamkan solat Tarawih 8 rakaat, sepanjang 200 ayat..

Umar pula ada riwayatkan Nabi akan baca setiap rakaat dalam 20 ayat, sepanjang surah al-Muzammil..

So.. contohilah Sunnah Nabi ye..

12) Solat Tarawih tu Qiyamullail.. awal waktu boleh, akhir waktu boleh..

Bezanya, solat Tarawih digalakkan berjemaah.. lihat hadith Umar ttg "alangkah baiknya bid'ah ini" apabila Ubay bin Ka'ab imamkan solat Tarawih..

Fikirkanlah.. mengapa Saiyidina Umar tak ikut solat? Sebab Ubay bin Ka'ab solat pada awal waktu.. sdgkan Saiyidina Umar lebih suka solat pada akhir waktu malam..

So it's either awal waktu atau akhir waktu.. bukan buat dua2 waktu.. sbgmana ramai orang lakukan.. awal waktu dilakukan solat Tarawih, lepas tu tidur.. bgn pukul 3 pagi, solat Tahajjud atau Qiyamullail..

Sama lah dua2 tu..

Setakat ini saje..

Wallahu a'lam

No comments: