Thursday, November 01, 2007

Isu #2: Lelaki terganggu oleh wanita berpakaian seksi?

NIK AZIZ: LELAKI TERGANGGU OLEH WANITA BERPAKAIAN SEKSI

KUALA LUMPUR: Kaum lelaki Islam di Malaysia sedang menderita tidak boleh tidur nyenyak dan tidak dapat bersolat dengan tenang.

Ini kerana fikiran mereka terganggu oleh bilangan wanita-wanita berpakaian seksi yang semakin meningkat di khalayak awam, demikian menurut pandangan seorang ulama terkenal semalam.

Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau mahu membincangkan tentang 'penganiayaan emosi' yang dihadapi kaum lelaki kerana ia jarang dibincangkan, kata PAS dalam lamannya semalam.

'Kita selalu (mendengar tentang) penganiayaan kanak-kanak dan isteri-isteri dalam rumah tangga yang mudah ditanggap oleh mata tetapi penganiayaan emosi terhadap kaum lelaki tidak dapat dilihat,' kata Datuk Nik Abdul Aziz.

'Solat kita hilang tumpuan dan tidur kita sering terganggu,' tambahnya.

Datuk Nik Abdul Aziz pernah membuat kenyataan-kenyataan kontroversial terhadap wanita di masa lalu termasuk menggesa kaum wanita supaya berhenti memakai gincu dan minyak wangi untuk mengurangkan risiko mereka dirogol.

Kumpulan-kumpulan hak asasi wanita pernah menyelar kenyataan-kenyataan beliau, sambil berkata bahawa Islam mengajar kedua-dua lelaki dan perempuan supaya bertanggungjawab ke atas kesopanan mereka.

Mereka berkata, kenyataan-kenyataan seperti itu menggalakkan berlakunya kejadian rogol kerana ia meletakkan tanggungjawabnya ke atas wanita.

PAS, yang dipimpin Datuk Abdul Aziz, mempunyai 800,000 anggota.

Laman web PAS menyiarkan contoh pakaian wanita secara grafik - dengan memakai tudung panjang yang menutupi rambut dan dada mereka serta baju panjang yang 'besar dan longgar' hingga ke tanah.

Kebanyakan wanita Melayu/Islam Malaysia memakai pakaian Islam yang sederhana, walaupun wanita-wanita lebih muda kadangkala memakai baju atau kemeja-T ketat dan seluar jean. -- AP.

[Ditukil dari Berita Harian (Singapura), 1 November 2007]


Ibn Shamsud-Deen: Guys, are you facing this problem? Hehehehe..

No comments: