Ikhlas tidak akan boleh berada dalam hati yang di dalamnya masih ada rasa gila hormat dan mengharapkan apa yang dimiliki orang lain. Ketika hal itu terjadi, maka keduanya tidak lain bagaikan air dan api atau biawak dan ikan.
Apabila jiwamu menginginkan keikhlasan, maka bunuhlah tamakmu lebih dahulu dan sifat gila hormat serta gila pankat dengan pisau kepuasan. Hindari ketiga-tiganya seperti halnya para pencari dunia menghindari akhirat. Jika anda telah membunuh ketamakan dan tidak lagi gila hormat serta pangkat, maka mudah bagimu untuk ikhlas.
Apabila anda bertanya: "Apa yang memudahkan untuk membunuh ketamakan dan berzuhud daripada gila hormat serta pangkat?"
Saya menjawab: "Untuk membunuh ketamakan, jalan yang termudah bagimu adalah memantapkan keyakinan, bahawa tidak ada sesuatu yang perlu diharapkan, kecuali apa yang ada di sisi Allah dan tidak dimiliki oleh selain-Nya dan tidak ada seorang pun yang dapat memberikannya kepada manusia, kecuali Dia. Sedangkan untuk berzuhud daripada gila hormat dan pangkat, jalan termudah adalah dengan jalan tahu, bahawa tidak ada pujian ataupun hinaan yang bermanfaat atau membahayakan, kecuali pujian dan hinaan daripada Allah, misalnya yang dikatakan bangsa Arab kepada Nabi: "Sesungguhnya pujianku sangat maut dan hinaanku sangat menyakitkan." Nabi menjawab: "Itu adalah Allah."
Tahanlah dirimu daripada orang yang pujiannya tidak menambah kebaikan apapun pada dirimu dan orang yang hinaannya tidak menjadikanmu terhina. Senangilah pujian orang yang pujiannya dapat menjadikanmu mulia dan sukailah orang yang hinaannya dapat menjadikanmu gelisah. Semua itu tidak akan diperoleh, kecuali dengan kesabaran dan keyakinan. Jika kesabaran dan keyakinan lenyap daripada dirimu, maka anda akan seperti orang yang ingin belayar di laut tanpa memakai kapal. Allah subhanahu wa ta'ala berfirman:
"Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak meyakini kebenaran ayat-ayat Allah itu menggelisahkanmu." (Ar-Rum: 60)
Allah juga berfirman:
"Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami." (As-Sajdah: 24)
[Ditukil dari kitab Al-Fawaa-id oleh Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah.]

فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلَا يَسْتَخِفَّنَّكَ الَّذِينَ لَا يُوقِنُونَ
"Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak meyakini kebenaran ayat-ayat Allah itu menggelisahkanmu." (Ar-Rum: 60)
Allah juga berfirman:
وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ
"Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami." (As-Sajdah: 24)
[Ditukil dari kitab Al-Fawaa-id oleh Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah.]
No comments:
Post a Comment