- Perbuatan cuba merubah ciptaan Tuhan
- Bahan bagi kaedah rawatan itu diragui kesuciannya serta boleh mendatangkan mudarat
Komen dari saya:
Akhirnya, satu kenyataan/fatwa rasmi yang mengisytiharkan penggunaan Botox sebagai haram, setelah beberapa tahun kaedah rawatan Botox tersebar luas.
Yang lebih menyedihkan ialah menyaksikan sebuah klinik di sini (Singapura) yang dijalankan oleh seorang doktor Melayu (yang sudah tentu Muslim) menawarkan kaedah rawatan Botox di kliniknya! Ini telah saya saksikan sendiri melalui iklan yang diterbitkan di akhbar Berita Harian.
Apakah doktor tersebut tidak terfikir bahawa rawatan itu mungkin sekali sebagai sesuatu perbuatan merubah ciptaan Tuhan?
Lalu, kembali kepada diri kita sendiri. Apakah kita ingin menjadi hamba yang kufur (lawan kepada syukur) dengan merubah apa yang telah Allah subhanahu wa ta'ala ciptakan bagi diri kita?
Selain penggunaan Botox, amalan mewarnakan rambut semakin meluas, terutama sekali di kalangan anak muda kita. Rambut yang hitam diperangkan.
Apakah kita ingin tergolong ke dalam golongan yang kufur nikmat? Yakni mengkufuri nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita dengan merubah ciptaanNya?
Apakah kita sebagai manusia takkan pernah kenal erti syukur kepada Allah subhanahu wa ta'ala sebagai hambaNya?
Benarlah firman Allah subhanahu wa ta'ala di dalam sejumlah ayat al-Qur'an, di antaranya:
قل هو الذي أنشأكم وجعل لكم السمع والأبصر والأفئدة قليلا ما تشكرون
"Katakanlah: "Dialah yang telah memunculkan kamu dan menjadikan untuk kamu pendengaran, penglihatan dan hati, sedikit saja kamu yang bersyukur." [1]
Apakah kita tergolong ke dalam golongan manusia yang sedikit ini tapi bersyukur atau sebaliknya? Bersama-samalah kita renungkan.
Akhir kata dari saya: Kini Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telahpun mengeluarkan fatwa mengharamkan penggunaan Botox. Bila pula giliran Majlis Fatwa kita, khususnya mufti kita yang dihormati, Sahibus Samahah Syed Isa Semait?
Dan sebelum timbul isu ini, biar saya yang mulakan dahulu.. Bagaimana pula dengan rebonding? Apakah dikira perbuatan merubah ciptaan Tuhan, lantas menjadikannya haram? [2]
Sebut tentang Mufti Syed Isa Semait, kita dikhabarkan di akhbar Berita Minggu hari ini bahawa abang beliau, Syed Ahmad Semait, meninggal dunia dalam sebuah nahas jalan raya. Sebagai mengakhiri entri ini, marilah kita doakan beliau agar Allah merahmatinya:
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه, وأكرم نزله, ووسع مدخله, واغسله بالماء والثلج والبرد, ونقه من الخطايا كما نقيت الثوب الأبيض من الدنس, وأبدله دارا خيرا من داره, وأهلا خيرا من أهله, وزوجا خيرا من زوجه, وأدخله الجنة, وأعذه من عذاب القبر وعذاب النار
"Ya Allah, ampunilah dia, berikanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia (dari siksa kubur), maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Syurga), luaskanlah kuburannya, mandikanlah dia dengan air, salju dan air batu (ice). Bersihkanlah dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran. Berikanlah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berikanlah keluarga yang lebih baik dari keluarganya (di dunia), isteri yang lebih baik daripada isterinya, dan masukkanlah dia ke Syurga, lindungilah dia dari siksa kubur dan siksa Neraka." [3]
وصل الله على نبينا محمد وعلى أله وصحبه وسلم
والحمد لله رب العلمين
___________
Nota kaki:
[1] Surah al-Mulk, ayat 23. Terjemahan ditukil dari kitab Tafsir Al-Azhar, Prof. Hamka.
[2] Maklumlah, amalan rebonding telah pun lama berleluasa di dalam masyarakat kita. Boleh dianggap sebagai perbuatan merubah ciptaan Tuhan kerana rambut yang (diciptakan) kerinting diluruskan. Bahkan, kita juga tahu dan pasti sudah dengar akan kes di mana rambut seseorang itu gugur selepas rawatan rebonding. Wallahu a'lam.
[3] HR. Muslim no. 963, an-Nasa-i IV / 73-74, Ahmad VI / 23 dan Ibnu Majah no. 1500, dari 'Auf bin Malik radiyAllahu 'anh. Ditukil dari kitab "Kumpulan Do'a dari al-Qur-an dan as-Sunnah yang Shahih"oleh (Ustadz) Yazid bin Abdul Qadir Jawas, terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi'i.
1 comment:
Greets to the webmaster of this wonderful site! Keep up the good work. Thanks.
»
Post a Comment