Saturday, September 20, 2008

Mengapa saya tidak mengambil dari Yusuf al-Qaradawi


Dah lama sebenarnya nak sebut tentang perkara ini tetapi elakkan dulu. Nak bicara pun, tak perlu panjang-panjang, rasanya secara ringkas cukup..

1) Fiqhnya memang hebat. Itulah gambaran yang sering kita terima. Akan tetapi, bagi Talibul 'ilm, bila kita dah terdidik dengan ilmu-ilmu asas agama (terutama bagaimana para ulama menyimpulkan sesuatu hukum), nampak ketara kecacatan pada fiqh Dr Qaradawi. Ada kekurangan kalau nak dibandingkan dengan kupasan masyayikh.

2) Gabungkan fiqh dengan hadith. Inilah seruan Dr Yusuf al-Qaradawi, sebagaimana boleh dilihat dalam kitab "Manhaj Fiqh al-Qaradawi". (Sebenarnya telah diserukan terlebih dahulu oleh Syeikh al-Albani dan ulama sebelumnya.)

Akan tetapi, cakap tak serupa bikin. Keilmuan beliau tentang ilmu hadith tak ketara. Bahkan, beliau dengan mudah menghukum hadith-hadith tentang larangan alat-alat muzik sebagai dha'if dengan menukil dari Qadhi Ibnul Arabi dan Ibnu Hazm sedangkan kedua-dua imam tersebut bukanlah ahli hadith.

3) Dr al-Qaradawi seorang Salafi? Aqidahnya bagaimana?

Maaf ye, tapi bila sentuh tentang ini, terpaksalah komen sedikit tentang Dr Asri (mufti Perlis)..

Dr Asri jelas mengagumi Dr Qaradawi berserta tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin yang lain.. malah menganggap mereka sebagai tokoh-tokoh Islam masa kini.. malah, ada muridnya (di Youtube) yang menyifatkan Dr Qaradawi sebagai tokoh Salafi..

Benarkah demikian? Tak dinafikan Hasan al-Banna menyifatkan gerakan Ikhwan sebagai "Da'watus Salafiyyah" tetapi beliau juga sifatkan gerakan beliau sbg "haqiqatus sufiyyah"..

Sejak bila fahaman tasawwuf sejajar dengan manhaj Salaf?

Tidak lupa pula kepada pelbagai i'tiqad yang wujud dalam gerakan Ikhwan kerana latar belakang, manhaj dan fikrah yang berbeza pada para ahlinya.

Manhaj Salaf menyeru setiap Muslim bersatu atas al-Qur'an dan as-Sunnah berdasarkan pemahaman kaum Salafus-Salih.. apakah setiap anggota gerakan Ikhwan berfahaman demikian? Malah, mereka sebelum ini berusaha kpd taqrib dengan kaum Syi'ah, wa iyadzu billah..

Maka, kepada Dr Asri dan murid-muridnya, bezakanlah antara "da'wah Salaf" dengan "manhaj Salaf".. macam "pejuang Sunnah", dalam ibadah ikut Sunnah.. tapi manhajnya belum tentu manhaj Salaf..

Dan masalah manhaj ini boleh kita lihat pada Dr Qaradawi, yang tanpa ragu, bukan bermanhaj Salaf..

Belum lagi bab aqidah. Di dalam buku "70 Tahun Ikhwanul Muslimin", Dr Qaradawi menyebutkan bahawa Ahlus Sunnah itu sama ada Asy'ariyyah ataupun Maturidiyyah. Sedikit pun beliau tidak sebutkan tentang aqidah Salaf. Apakah beliau tidak tahu aqidah Asy'ariyyah ataupun Maturidiyyah tidak selari dengan Aqidah Salaf?

Lalu bagaimana saya ingin mengambil daripada Dr Qaradawi?

Apa yang baik pada Dr Qaradawi boleh saya dapati pada Masyayikh Salafi yang lebih berhak untuk diambil manfaat.. lalu saya tidak perlu kepada Dr Qaradawi..

Akhir sekali.. lihatlah janggutnya yang semakin pendek.. tak relevan? hmm.. kalau berjiwa Sunnah dan ingin menghidupkan Sunnah, kena simpan janggut yg lebat (sebelum ini janggut beliau memang lebat).. kalau nak potong pun, potong yang lebih dari segenggam.. tapi bagi beliau, dah terlalu pendek..

Wallahu a'lam

PS. Harap rujuk kepada tulisan Masyayikh tentang manhaj dan juga tentang Dr Al-Qaradawi untuk ulasan yang lebih terperinci.

No comments: