Tukilan dari artikle tulisan Maarof Salleh (Ancaman Fahaman Islam Liberal Di Malaysia, BH 5 Sep 2008):
"Sebelum ini, isu agama yang lebih ketara ialah tengkarah antara fahaman kaum tua dan kaum muda (fahaman Wahhabi dan Ahlus Sunah Waljamaah; meskipun pengamal Wahhabi menegaskan mereka termasuk dalam golongan Ahlus Sunah)."
"Maksud idea ini menganjurkan agar Al-Quran sentiasa ditafsirkan berdasarkan konteks semasa dan tidak mesti tertakluk kepada sumber Rasulullah, sahabat dan tabiin - kaedah lama yang mewakili Ahlus Sunah Waljamaah."
Sekadar beberapa poin sebagai komentar:

- Apakah beza fahaman "Wahhabi" dengan Ahlus Sunnah? Mengeluarkan "Wahhabi" dari Ahlus Sunnah sama ertinya dengan mengeluarkannya dari millah Islam.
- Apakah kita dapati mereka yang mengaku sebagai Ahlus Sunnah wal Jama'ah benar-benar berpegang kepada al-Qur'an dan as-Sunnah berdasarkan pemahaman para Sahabat, Tabi'in dan Tabi' at-Tabi'in (yakni, kaum Salaf as-Salih)?
- Tidakkah kita lihat mereka yang mengaku Ahlus Sunnah banyak bercanggah dengan manhaj kaum Salaf?
- Tidakkah kita melihat apabila seseorang itu ingin menghidupkan Sunnah, menentang bid'ah, berpegang teguh dgn al-Qur'an dan as-Sunnah berdasarkan pemahaman kaum Salaf, dia seringkali dilabel "Wahhabi"?
- Kesimpulannya, "Wahhabi" sememangnya Ahlus Sunnah wal Jama'ah, merekalah Salafiyyah, pengibar bendera Ahlus Sunnah wal Jama'ah.
No comments:
Post a Comment