Ditukil dari Syaikh Ibrahim ar-Ruhaily sebagai berkata:
"Seseorang itu mencintai Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dengan mengikuti Sunnah Baginda (yang shahih), menegakkannya dan membelanya." (aw kama qal)
Dalam kitab Syarhus Sunnah, Imam al-Barbahari menyebutkan dalam poin pertama:
"Ketahuilah bahawasanya sesungguhnya al-Islam itu adalah as-Sunnah, dan as-Sunnah itu adalah al-Islam, tidak tegak salah satu daripadanya melainkan dengan yang lainnya."
Kenyataan yang cukup mendalam. Sungguh benar kerana agama Islam adalah apa yang diwahyukan oleh Allah dan disampaikan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, dan segala sesuatu yg datang dari Rasulullah shalllallhu 'alaihi wa sallam itulah yang disebutkan as-Sunnah.
Dan sesuatu yang disebutkan as-Sunnah hendaklah yang telah dipastikan keshahihannya kerana bagaimana mungkin kita menerima sesuatu hadith yang diragui keshahihannya untuk dijadikan pegangan dalam agama?
Dan telah pun kita ketahui, sebagaimana dijelas para ulama, bahawa syarat sah ibadah adalah pertama,ikhlas, kedua, ittiba'.
Tidak sah sesuatu ibadah jika tidak ikhlas. Tidak sah juga jika tidak ittiba'us Sunnah, yakni tiada contoh dari as-Sunnah.
Dan harus jika kita mencontohi para Sahabat kerana mereka adalah murid-murid Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, mereka lah yang paling mengerti akan ajaran Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.
Itulah yang membuat Imam Ibnu Kathir mendatangkan konsep Lau kaana khairan la sabaquuna ilaihi. Yakni, jika sesuatu itu baik, nescaya mereka (para Sahabat) akan terlebih dahulu mengamalkannya.
Maka, sebelum kita mengaku mencintai Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, tanyalah diri kita:
Wallahu a'lam

- Apakah kita berusaha untuk mengamalkan Sunnah Rasulullah, baik dalam urusan ibadah mahupun selain ibadah?
- Apakah yang kita anggap Sunnah itu benar-benar telah dipastikan keshahihannya? Adakah contoh dari para Shahabat ridhwanullahi 'alaihim?
- Dan yang lebih utama, adakah Aqidah kita selari dengan Aqidah para Shahabat ridhwanullahi 'alaihim?
Wallahu a'lam