Sunday, July 20, 2008

Sikapku terhadap bersongkok/berkopiah

Pernah aku tidak bersetuju terhadap kebiasaan masyarakat yang hanya memakai songkok untuk solat atau tatkala ke masjid, lebih-lebih lagi terhadap mereka yang akan keluar rumah dengan tidak bersongkok, lalu mengenakannya hanya tatkala tiba di masjid.

Aku tidak setuju kerana yang aku faham, Sunnah Rasulullah sallAllahu 'alaihi wa sallam kalau berkopiah/berserban adalah sepanjang hari, kerana ia adalah sebahagian dari pakaian Baginda.

Maka bagiku, kalau seseorang ingin bersongkok/berkopiah/berserban, hendaklah sepanjang hari.. bukan seperti sebahagian imam masjid, yang akan pakai baju Melayu ke masjid dengan berkopiah putih. Setelah tiba di masjid, baru beliau berserban dan berjubah.

Walaupun aku tak menafikan baiknya berhias untuk solat, namun bagiku, kebiasaan begini tidak selaras dengan Sunnah yang dicontohkan Rasulullah sallAllahu 'alaihi wa sallam, sebagaimana yang telah aku sebutkan tadi.

Begitu juga, pernah aku baca tulisan Syeikh Al-Albani yang membid'ahkan perbuatan mengkhususkan pemakaian jubah dan serban hanya pada hari Jumaat.

Maka para teman akan dapati aku akan ke masjid dan solat berjemaah dan menghadiri kelas tanpa songkok/kopiah kerana memang pada hari itu aku tidak keluar rumah dengan bersongkok/berkopiah.

Dan aku terbaca dalam kitab Syarah Adab & Manfaat Menuntut Ilmu oleh Syeikh Muhammad bin Shalih al-'Utsaimin, yang aku tukil sebagai berikut:

Adapun kalau yang dilakukan oleh Rasulullah karena kebiasaan, apakah kita disyari'atkan untuk mengikuti beliau, misalnya memakai 'imamah (sorban penutup kepala) dan jubah? Jawabnya: "Ya, kita disyari'atkan untuk mengikutinya." Namun apa arti mengikuti Rasulullah di sini? Apakah kita harus memakai seperti yang dipakai oleh beliau ataukan hanya mengikuti jenis yang dipakai oleh beliau? Jawabnya adalah yang kedua, karena Rasulullah itu memakai pakaian yang dipakai oleh masyarakatnya pada waktu itu. Atas dasar ini maka kami katakan: "Bahwasanya yang Sunnah adalah memakai pakaian yang menjadi kebiasaan masyarakat, selama hal itu tidak diharamkan, namun jika diharamkan maka wajib menjauhinya."

Dan bersongkok/berkopiah bukanlah kebiasaan masyarakat Melayu lagi. Ya, walaupun orang memakainya ke masjid, tapi tak lagi kebiasaan dalam erti kata memakainya sebagai sebahagian pakaian harian.

Namun tak bererti aku tidak akan memakai baju Melayu bila ke masjid. Cuma aku tidak bersongkok/berkopiah, lebih-lebih lagi jika aku menaiki bas atau MRT, kerana akan ternampak janggalnya kerana pakaianku (bersongkok/berkopiah) bukan kebiasaan masyarakat.

Namun, ku renungi kembali.. Sikapku mmg wajar, namun setibanya di masjid, aku harus mengenakan kopiah kerana kebiasaannya orang berkopiah bila di masjid, terlebih lagi majlis ilmu..

Benar juga.. Cuma jika dihujah demikian, perbincangan ini dah kembali kepada apa yang disebutkan di awal tadi.. masih tidak selaras dengan Sunnah Rasulullah..

Dan aku renungkan.. wajibnya bersongkok/berkopiah ketika menghadiri majlis ilmu di masjid?

Hadith Jibril berkenaan Islam, Iman dan Ihsan menunjukkan Malaikat Jibril (yang menyerupai manusia) memakai pakaian yang sebaik-baiknya (dengan berjubah putih) dan rambutnya hitam (yakni rapi).. dan tidak disebutkan beliau berkopiah atau berserban..

Dari hadith ini aku simpulkan sebagai pegangan diriku sendiri, yang dituntut adalah memakai pemakaian yang menunjukkan penampilan yang baik ketika ke masjid dan ke majlis ilmu, tidak semestinya berkopiah/bersongkok.

Bahkan tidak mengapa kalau imam masjid sendiri tidak berkopiah, sebagaimana ada sebuah video di Youtube menunjukkan seorang imam masjid tidak berkopiah, walaupun jemaahnya berkopiah.

Wallahu a'lam

2 comments:

Awang Kata said...

Sikap dalam bersongkok itulah yang mencetuskan budaya bersongkok. Andai kita sendiri memandang baik dan tinggi terhadap pemakaian songkok maka tentu senang sekali kita bersongkok dan begitu juga sebaliknya.

Ibn Shamsud-Deen as-Sanghafooree said...

Terpulang kepada masing2. Ini hanyalah pandangan peribadi. Songkok bagi saya hanyalah suatu yang bersifat adat, bukan ibadah. Tapi jika diniat sebagai hiasan, apatah lagi utk ibadah, insha-Allah mendapat ganjaran.

Dan bagi saya, adalah baik utk menyesuaikan diri dengan adat masyarakat, usah terlalu membezakan diri daripada kebiasaan masyarakat.

Wallahu a'lam