Tuesday, May 29, 2007

Pakaian Muslimah: Seluar Jeans dan kemeja-T???

(Disklaimer: Tulisan ini hanya luahan pandangan penulis semata-mata, apa yang terlintas di fikiran untuk dijadikan renungan bersama. Maka dimohon maaf atas kekurangan tidak menyertakan apa-apa rujukan hadith.)

Hairan.. Ana sangat hairan melihat kaum muslimah hari ini, khususnya yang menuntut di politeknik.

Lihatlah pakaian mereka.. Baju punjabi/kurta bersama seluar jeans.. adakalanya dikenakan seluar jeans, dipakai baju lengan panjang berserta kemaja-T (lengan pendek) di atasnya.. bahkan, yang lebih dahsyat ialah pakaian spaghetti strap berserta jaket di atasnya.. dan sudah tentu mereka ni bertudung..

Subhanallah.. inikah pakaian muslimah? pakaian yang begitu ketat, menampakkan bentuk tubuh lagi menggiurkan?

Apakah mereka sangka dengan berpakaian demikian mereka telah pun menutup aurat?

Nabi ada menyifatkan wanita akhir zaman sebagai berpakaian tetapi telanjang. Para ulama menjelaskannya sebagai:
  1. Berpakaian terdedah (kerana kurangnya kain)
  2. Berpakaian tetapi kainnya tipis dan halus, sehingga boleh nampak bentuk badan, malah adakalanya warna kulit
  3. Berpakaian tetapi pakaiannya ketat hingga menampakkan bentuk tubuh.

Ana tak berapa pasti, tapi rasa-rasanya Nabi ada menyifatkan merka sebagai tidak dapat cium bau syurga, wa iyadzu billah. (Mungkin pembaca yang mengetahui akan hadith ini boleh memperbetulkan ana jika ana silap.)

Seorang Muslimah harus sedar bahawa pakaian yang menutup auratnya dengan sempurna ialah pakaian yang beliau dapat solat di dalamnya (yakni tanpa mengenakan telekung solat).

Justeru, pakaian seorang Muslimah seharusnya longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuhnya. Tudungnya pula harus melebihi bahu dan buah dada sebagaimana yang disebutkan dalam surah an-Nur ayat 31.

Muslimah juga amat digalakkan, malah dituntut (menurut sebahagian ulama), dituntut memakai stokin kerana kaki juga termasuk auratnya.

Dengan berpakaian demikian, seorang Muslimah telah menutup auratnya dengan sempurna. Maka, apabila dia ingin mendirikan solat, tidak perlu baginya untuk mengenakan telekung.

Begitu juga, apabila berwudhu' di tandas umum, cukup bagi seorang Muslimah mengusap di atas tudungnya dan stokinnya. (Dengan syarat, beliau dalam keadaan berwudhu' tatkala mengenakan tudung dan stokin.)

Ini adalah kerana pendapat yang lebih kuat ialah aurat seorang muslimah terhadap seorang wanita bukan muslim adalah sebagaimana auratnya terhadap lelaki ajnabi (bukan mahram).

Di samping penutupan aurat yang sempurna, seorang Muslimah harus sentiasa menjaga adab kesopanannya, terutama sekali pergerakannya. Pergerakannya tidak wajar menyerupai pergerakan lelaki.

Ingat, keayuan, kelembutan dan kesopanan adalah ciri-ciri seorang Muslimah. Sehinggakan jika beliau perlu bergegas (atau berlari) pun ternampak kelembutan dan kesopanannya.

Adalah sesuatu yg teramat janggal bagi seorang muslimah yang berbaju kurung untuk berlari dengan terasa gegarannya.

Tulisan ini hanya sekadar pandangan ana buat renungan kita semua, khususnya para Muslimah. Moga antunna semua menjadi Muslimah yang sholehah, amin.

1 comment:

Anonymous said...

As salaam alaykum wa ra'hmatullaahi wa barakaatuh.

The Prophet said:
"Allah does not accept the prayer of a woman who has reached puberty unless she wears a khimaar.

Hadith - Abu Dawud, narrated Aisha, Ummul Mu'minin
[Also recorded al-Tirmidhi, Ahmad, and ibn Majah. Al-Albani says it is sahih. Al-Albani, Sahih al-Jami, vol. 2, p. 1280.]


The Prophet said,

"A woman should be concealed, for when she goes out the devil looks at her."

"Hadith - Al-Tirmidhi #3109, narrated Abdullah ibn Mas'ud [Tirmidhi transmitted it.]



These are the pescribed methods of covering as stated below:

Tafseer - Ibn Katheer

"Allah commanded the muslim women to cover this sheet on top of them to cover their bodies except one eye, when it is necessary for them to come out of their homes."


Tafseer - Commentary by Ibn Jarir and Ahkam-ul-Quran, Vol.III, p.457

Imam Muhammad bin Sirin said:
"When I asked Ubaida bin Sufyan bin al-Harith (ra) the meaning of this verse and how the jalbaab was to worn, he demonstrated it to me by pulling a sheet of cloth over his head to cover his entire body, leaving the left eye uncovered. This was also the explanation of the word 'Alaihinna in this verse"

Tafseer - Alu'si, Rul-ul-Ma'ani, Vol. 22, p. 89

"Ibn Jarir Tabari and Ibn Al-Mundhir described the method of wearing the jalbaab according to Ibn Abbas (ra) and Qatadah (ra). The sheet should be wrapped around from the top, covering the forehead, then bringing one side of the sheet to cover the face below the eyes so that most of the face and the upper body is covered. This will leave both eyes uncovered (which is allowed in necessity).

A woman does not have to wear a niqab (affixed veil), but she should emulate the female companions by using her hijab or other items, to lift and cover her face when a non-mahram man approaches, even during ihram (hajj), as this is in accordance with sunnah.


Hadith - Muwatta 20.16

Yahya related to me from Malik from Hisham ibn Urwa that Fatima bint al-Mundhir said,
"We used to veil our faces when we were in ihram in the company of Asma bint Abi Bakr as-Siddiq."