KAMI merujuk kepada laporan bertajuk Pengikut Syiah didakwa 'kafir' (BH, 24 Januari) yang dipetik daripada agensi berita asing.
Kami daripada tiga badan Islam setempat yang mewakili lebih seribu keluarga berbilang bangsa pengikut mazhab Islam Ahlulbait/Jaafari/Syiah ingin merakamkan rasa kesal yang mendalam dan berasa sangat tersinggung dengan tersiarnya berita tersebut.
Kami khuatir berita seperti ini akan meminggirkan dan memencilkan anggota dan keluarga mereka daripada masyarakat umum, atau lebih menyedihkan lagi, membawa perselisihan dan perpecahan sesama keluarga, rakan, jiran dan taulan.
Seyogia, perwakilan kami dalam pertubuhan induk seperti Yayasan Mendaki dan Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) akan juga kurang disenangi.
Kami berpendapat berita yang seumpamanya hanya akan mengundang suasana tegang yang tidak diingini.
Walhal kita sama-sama maklum bahawa pemerintah sedang melakukan usaha berterusan untuk mewujudkan toleransi di antara agama dan kaum.
Penganut mazhab Ahlulbait/Jaafari/Syiah adalah penganut agama Islam yang sangat mencintai kedamaian, sebagaimana yang diturunkan Allah swt kepada Nabi Muhammad saw (berdasarkan Al-Quran dan Sunah), yang selanjutnya diajarkan kepada 12 imam secara berurutan.
Kami sering dianggap 'sesat', 'berdosa', 'menyeleweng' dan 'kafir' hanya kerana perbezaan pentafsiran tentang Islam dan kecintaan kami yang sangat mendalam kepada Nabi Muhammad dan ahlulbaitnya.
Mazhab Ahlulbait/Jaafari/Syiah merupakan salah satu daripada lima mazhab yang diakui sah dalam Islam, sebagaimana yang telah difatwakan Al-Imamul-Akbar As-Syeikh Mahmud Syaltut, yang merupakan rektor Universiti Al-Azhar pada saat itu.
Keberadaan dan kebenaran mazhab Ahlulbait/Jaafari/Syiah khususnya di Singapura juga telah diakui Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam pernya taan fatwa mereka secara bertulis (www.muis.gov.sg, Services>Islamic Guidance>Fatwa Knowledgebase).
Dalam mazhab Ahlulbait/Jaafari/Syiah dan majoriti mazhab ahlul sunnah waljamaah, sama sekali tidak diajarkan untuk mengkafirkan golongan antara mazhab-mazhab lain selagi mereka masih beriman kepada Allah, menerima Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir dan beriman pada hari kiamat.
Oleh itu, kami tidak dapat bertolak ansur dengan segala pernyataan yang bersifat mengkafirkan golongan atau kelompok lain dalam Islam.
Kami ingin menghimbau pada seluruh umat Islam khususnya di Singapura agar tetap menjaga keamanan, kesatuan dan keharmonian agama dan kaum.
Dalam konteks ini, kita mesti mengelakkan diri daripada terjebak dengan pandangan radikal dan ekstremis daripada segelintir umat Islam.
Aidil Md Idris
Setiausaha Agung Himpunan Belia Islam
Sigit Triyono
Setiausaha Agung Persatuan Islam Jaafari
Razman Abdullah
Setiausaha Agung Persatuan Islam Al Hikmah
Nota Editor: Kami menerima beberapa lagi surat pembaca mengenai isu ini dengan kandungan yang hampir sama dan ingin menutup perbincangan isu ini. Terima kasih atas segala sumbangan pembaca.
Surat di atas adalah sebagai maklum balas terhadap sebuah laporan yang menyebutkan kenyataan Sheikh Abdullah al-Jibreen dari Arab Saudi bahawa Syi'ah adalah kafir kerana fahaman mereka yang menyeleweng.
Tetapi apakah isu ini suatu yang baru? Tidak, tidak sama sekali.
Apabila ditanya tentang artikel tersebut, khususnya tentang Syi'ah, Ustaz Hamzah Jumaat ada menyebutkan bahawa al-Imam al-Syafi'i rahimahullah ada mengatakan (lebih kurang berikut):
"Aku tidak pernah melihat kaum yang lebih pendusta/pembohong daripada kaum Syi'ah Rafidhah."
Ustaz Hamzah juga menyebutkan bahawa Imam al-Bukhari rahimahullah mengatakan bahawa daging sembelihan mereka (kaum Syi'ah) tidak halal dimakan oleh kita (kaum Sunnah).
Justeru, perlukah isu ini dibahaskan lagi?
Biar saya mengulas sedikit tentang surat tersebut:
1) Pertama sekali, surat ini menjadi bukti pertama (primary evidence) bahawa kaum Syi'ah wujud di Singapura.
2) Anda, wahai kaum Syi'ah, mengataka bahawa anda khuatir laporan seperti itu akan meminggirkan dan memencilkan kaum Syi'ah di Singapura atau membawa perselisihan dan perpecahan sesama keluarga, jiran, rakan dan taulan.
Apakah anda cuba mengatakan bahawa di Iran, sebuah negara Syi'ah, kaum Sunnah dilayan dengan adil dan sama rata dengan kaum Syi'ah? Adakah anda cuba menafikan bahawa kaum Sunnah di Iran bukan sahaja dipinggirkan dan dipencilkan, malah ramai ulama Sunnah yang dipenjarakan malah dibunuh tanpa sebarang tuduhan?
Silalihat:
Dismal reality of Ahlus Sunnah in Iran:
www.allaahuakbar.net/shiites/dismal_reality_of_ahlus_sunnah_in_iran.htm
The Plight of Sunni Ulama in Iran:
www.allaahuakbar.net/shiites/plight_of_sunni_ulama_in_iran.htm
3) Kami Ahlus Sunnah sama sekali takkan terpedaya dengan tipu daya anda wahai kaum Syi'ah. Adalah diketahui bahawa Taqiyyah adalah pegangan utama anda, yang mana anda menganggapnya sebagai 9 daripada 10 bahagian agama.
Apakah itu Taqiyyah? Taqiyyah ialah menyatakan sesuatu secara lisan sedangkan ianya bertentangan dengan apa yang diyakini di hati. Dalam erti kata lain, "lidah kata lain, hati kata lain".
Apakah ini wahai Syi'ah? Bukankah ini sifat munafiq?
Sedangkan menurut Ahlus Sunnah, kalimah at-Tayyibah atau dua kalimah syahadah
- dilafazkan dengan lidah
- ditasdiqkan (dibenarkan) di hati
- dibuktikan dengan amalan
Hanya apabila 3 syarat tersebut dipenuhi baru seseorang itu dikira beriman.
Sedangkan anda wahai Syi'ah beri'tiqadkan bahawa hati dan lidah boleh bertentangan demi memelihara fahaman kamu, dan kamu namakannya "taqiyyah"!
Malah, ayat al-Qur'an "Inna akramakum 'indAllaahi atqaakum" (sesungguhnya manusia yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa di kalangan kamu) anda tafsirkan dengan erti kata taqiyyah!
Lalu saya menegaskan sebagaimana yang ditegaskan Shaykh al-Islam Ibnu Taimiyyah bahawasanya agama ini adalah berdasarkan taqwa bukan taqiyyah!
Sekarang saya tanya kepada anda, anda berpegang kepada taqiyyah dan menganggapnya sebagai 9 daripada 10 bahagian agama.. lalu apakah yang buat anda fikir kami kaum Sunnah akan dapat mempercayai anda dan berdamai dengan anda?
Sebab depan kami anda akan berbaik-baik, di belakang kami bagaimana pula?
4) Di dalam Minhajus-Sunnah an-Nabawiyyah, Shaykh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menyebutkan bahawa kerjasama antara kaum Syi'ah dan kaum Yahudi adalah sesuatu yang cukup diketahui lagi masyhur!
5) Imam Abu Hanifah rahimahullah berkata: "Barangsiapa yang meragui sama ada mereka (kaum Syi'ah) adalah kafir, dia sendiri telah kufur."
6) Imam Malik rahimahullah mengatakan, "Jangan berbicara dan jangan meriwayatkan daripada mereka, kerana mereka sesungguhnya adalah pendusta."
Kenyataan para ulama terdahulu tentang Syi'ah Rafidhah:
www.allaahuakbar.net/shiites/what_do_scholars_of_ahlusunnah_tell_about_shias.htm
7) Poin 3 hingga 6 jelas menunjukkan kami kaum Sunnah tidak akan dapat mempercayai anda, lalu bagaimana mungkin kami dapat berdamai dengan anda?
8) Anda menyebutkan fatwa Sheikh al-Azhar, Sheikh Mahmud Syaltut dan juga fatwa Muis. Ketahuilah kedua fatwa tersebut tidak membawa erti apa-apa kerana bertentangan dengan fatwa para ulama muktabar terdahulu.
Adalah menarik Anda menyebutkan Sheikh Mahmud Syaltut sebagai "al-Imamul-Akbar" sedangkan kami kaum Sunnah tak pernah menggunakan gelaran tersebut kepada para ulama kami, tidak pula kepada para ulama muktabar terdahulu seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'i dan Imam Ahmad rahimahumullah.
Apakah anda menggunakan gelaran tersebut kerana beliau membenarkan mazhab anda?
9) Anda menyebutkan bahawa mazhab Ahlulbait/Ja'fari/Syi'ah dan majoriti Ahlus Sunnah wal Jama'ah tidak ajar untuk mengkafirkan golongan antara mazhab-mazhab lain selagi mereka masih beriman kepada Allah, menerima Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir dan beriman kepada hari kiamat.
Ya, memang benar. Akan tetapi, kekufuran anda adalah sesuatu yang jelas, dan dipersaksikan oleh para ulama muktabar terdahulu.
Ya, anda beriman kepada Allah, menerima Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir dan beriman kepada hari kiamat. Tetapi anda juga berpegang bahawa kalimah at-Tayyibah atau dua kalimah syahadah perlu ditambah dengan kalimah "wa 'Ali waliyyullah" (dan Ali adalah wali Allah). Dan anda berpegang bahawa kalimah at-Tayyibah yang tidak menyebutkan "wa 'Ali waliyyullah" adalah batal.
Justeru, anda sendiri menghukum kami kaum Sunnah sebagai kafir, sekalipun di depan kami anda akan menafikannya!
Anda beri'tiqad bahawa 12 imam Ahlul Bayt bermula daripada Saiyidina 'Ali radhiyAllahu 'anhu adalah ma'shum (terpelihara daripada dosa) sedangkan bagi kami, kema'shuman itu hanya sifat para nabi.
Anda beri'tiqad bahawa para imam mengetahui hal-hal yang ghaib dan memiliki ilmu tentang masa lalu, masa kini dan masa sekarang sedangkan sifat itu tidak dimiliki oleh para nabi. Para nabi 'alaihimussalam hanya mengetahui hal-hal ghaibiyyah yang dikhabarkan Allah kepada mereka.
Dalam erti kata lain, anda memuliakan dan mengangkat darjat para imam melebihi para nabi! Subhanallah..
Anda mengkafirkan dan membenci jumhur (majoriti) Sahabat, terutama sekali Abu Bakar, Umar dan Uthman radhiyAllahu 'anhum. Anda menghukum Abu Bakar dan Umar sebagai pengkhianat dan munafiq.
Dalam kitab-kitab anda, anda muatkan hadith-hadith palsu yang cukup menjijikkan. Antaranya:
Nabi sallAllahu 'alaihi wa sallam pernah tidur di bawah satu selimut bersama Ali dan Aisyah. Lalu Nabi bangun untuk solat malam, meninggalkan Ali dan Aisyah di dalam selimut. (Bihar al-Anwar, jilid 40, Mulla Baqir al-Majlisi)
Imam Ja'far bin Muhammad mengatakan, Nabi sallAllahu 'alayhi wa sallam biasa meletakkan mukanya ke dada anaknya Fatimah sebelum Baginda masuk tidur. (Bihar al-Anwar, jilid 43, Mulla Baqir al-Majlisi)
Belum lagi kenyataan yang membolehkan liwat dan suami menyetubuhi dubur isteri, wa iyadzu billah...
"Berhati-hatilah daripada mengahwini orang Negro kerana mereka adalah makhluk yang cacat." (al-Kafi, Jilid 5) Subhanallah.. inikan racism...
Untuk pengetahuan lanjut, sila baca:
www.allaahuakbar.net/shiites/absurdities_of_ithnaashari_works.htm
Lalu bagaimana kami dapat mempercayai dan berdamai dengan kamu?
Namun, kepada para pembaca sekalian, perlu difahami bahawa saya dan para ulama Salafi sama sekali tidak mengisytiharkan perang kepada mereka kaum Syi'ah. Kita berhubungan dengan mereka sebagaimana kita berhubungan dengan orang kafir.
Wallahu a'lam.
(Nota: Saya akan kemukakan beberapa penjelasan para ulama tentang Syi'ah dalam penulisan seterusnya.)
5 comments:
Salam alaikum...
Hadis yg anda ambil dr kitab Biharul Anwar ini adalah dhaif dan tidak boleh dipegang, inilah bukti salah faham anda tentang Syiah.
"Nabi sallAllahu 'alaihi wa sallam pernah tidur di bawah satu selimut bersama Ali dan Aisyah. Lalu Nabi bangun untuk solat malam, meninggalkan Ali dan Aisyah di dalam selimut. (Bihar al-Anwar, jilid 40, Mulla Baqir al-Majlisi)"
Wa 'alaykum as-Salam.
Bacalah betul-betul. Kan dikatakan hadith tu palsu. Yang menjadi persoalan kenapa hadith palsu itu dirakamkan dalam buku?
Dan kenapa hanya "kesalahan" yg satu ini dijawab? Fakta-fakta yang lain yang dibentangkan, kenapa tidak dijawab?
Pengikut syiah bukan muslim. pergi balik ke iran dan buatlah suka hati kau bodoh pengikut syiah mkn taik lembu.... SYIAH PPL STUPID LIKE LEMBU... PENGASAS SYIAH ADALAH ORG YAHUDI.... SO SEMUA PENGIKUT SYIAH ADALAH HAMBA YAHUDI...
Pengikut syiah bukan muslim. pergi balik ke iran dan buatlah suka hati kau bodoh pengikut syiah mkn taik lembu.... SYIAH PPL STUPID LIKE LEMBU... PENGASAS SYIAH ADALAH ORG YAHUDI.... SO SEMUA PENGIKUT SYIAH ADALAH HAMBA YAHUDI...
Hujjah yg baik lagi kokoh.
Jazaakumullaah khairan, yaa Ibn Shamsud-Deen as-Salafee.
Post a Comment