Sunday, January 28, 2007
Selamat Berjuang Wahai Sahabatku, Penuntut Ilmu
Sahabatku...
Kau telahpun pergi meninggalkanku
Berjihad menuntut ilmu
Mendalami ilmu agama
Memantapkan manhaj Salafiyyah
Demi menegakkan da'wah Islamiyyah
Yang sebenar..
Kini daku bagai keseorangan
Bagai kehilangan seorang teman
Teman bagaikan saudara kandung
Saling berbicara membincangkan ilmu
Mengongsi hal dan masalah peribadi
Dalam mengharungi kehidupan duniawi..
Walau kini daku keseorangan
Rasa kesepian
Amanahmu akan aku laksanakan
Nasihatmu kan ku jadikan pegangan
Dalam mengharungi pelbagai dugaan
Sebagai Salafi dalam pengasingan
Kerana kamilah Ghurabaa'
Bak sabda Nabi junjungan..
Malaikat mengembangkan sayap
Menaungi penuntut ilmu
Mendoakan kerahmatan Allah Yang Satu
Moga kau terus gigih menuntut ilmu
Demi kebenaran
Mencari keredhaan
Yang Maha Esa
Maha Pengasih, Maha Penyayang
Doa dan ingatanku
Kepadamu selalu..
Selamat berjuang wahai sahabatku...
Terus berjihad wahai penuntut ilmu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment