Pada bulan Mac yang lalu, aku menunaikan Umrah bersama Hamidah Travel bimbingan Ustaz Hamzah Jummat. Inilah pertama kali buatku.
Dugaan pada awalnya.. aku tidak dapat berangkat bersama jemaah yg lain kerana hari keberangkatan itu merupakan hari terakhir khidmatku kepada negara dan aku tidak dapat mengambil cuti.
Terpaksa aku mengambil penerbangan lain pada keesokan harinya (Sabtu), malam.. disebabkan ini, menurut perkiraan, aku hanya sempat sehari sahaja di Madinah.. Allah..
Namun, aku redha dgn ketentuanNya.. ada hikmah, tentu pasti.. aku hadapinya dengan tenang, dengan penuh senyuman.. walaupun keluarga dan saudara yang merasa bimbang..
"Farhan dah besar pun..," kataku tersenyum. "Bila lagi nak berdikari kan?" Dah ORD pun, dah jadi lelaki.. hehe..
Sebagaimana selalu aku pesan kepada teman-teman, seringlah senyum.. terutama di kala susah.. kerana senyuman akan membuat kita rasa tenang dan redha.. kesusahan yang berat akan terasa ringan dan mudah dihadapi.. =)
Ku berangkat seorang diri, walau ditumpangkan dengan sebuah jemaah kecil yang lain. Apatah lagi, tempat duduk dalam kapal terbang jauh terpisah..
Sampainya di Lapangan Terbang Jeddah, sekali lagi aku seorang diri.. tak ku kenal sesiapa dari jemaah yang ada.. jemaah yang aku ditumpangkan pun tidak kelihatan..
"tak mengapa.. tawakkal sahaja.. kalau ada masalah nanti, Ust Jalaluddin ada.. dia boleh bantu.."
Sampai ke pihak kastam.. jam lebih kurang 2 pagi..
Teringat bagaimana orang-orang yang pernah tunaikan haji dan umrah sering bercerita mengeluh tentang kastam Saudi..
"Diorang lembablah.. buat kerja slow.. tak macam di s'pore.. laju je.. tengah cop passport boleh berbuallah, minum kopi lah.."
Benarkah? Mungkin ini soal adat atau culture negeri yang berbeza.. dulu aku pernah ke Australia.. memang suasananya lebih santai, lebih relax.. tidak rush atau tergesa-gesa seperti di Singapura.. mungkin begitu juga dengan Arab Saudi..
Tak mengapa.. ini kesempatan aku untuk menyaksikan sendiri..
Dan aku terlihat sesuatu yang mencetuskan idea dalam fikiranku.. dan aku tersenyum..
Tiba giliranku.. aku maju ke kaunter, menghulurkan passportku lalu mengucapkan dengan senyuman mesra, "As-Salamu 'alaykum."
"Wa 'alaykum as-Salam wa rahmatullahi wa barakatuh," jawabnya dengan nada dan senyuman penuh mesra. Ini permulaan yang bagus, mesra juga dia, alhamdu lillah, kataku pada diriku.
Sambil beliau mengambil passportku dan menaip sesuatu, seorang teman sekerja datang kepadanya, berbual sebentar sambil menghulurkan sekeping kad.
Beliau menoleh ke arahku, dengan senyuman, beliau berkata, "Wait ya.." Aku senyum.
Aku melihatnya mengguris pada kad yang baru diterimanya tadi. Kemudiannya, pena beliau terjatuh. Beliau tunduk untuk mengambilnya dan apabila beliau bangun, beliau melihatku, dengan senyuman, berkata kepadaku, "Sorry ya.."
Aku tersenyum sambil berkata, "La ba's ya akhi." (Tidak mengapa, wahai saudaraku.)
Beliau menoleh ke arahku. "Kalam 'Arabi?" (Awak boleh berbahasa Arab?)
"Qaleel," (sedikit) jawabku.
"Ah.. qaleelan.. kalam injileezi? (ah.. sedikit.. awak berbahasa inggeris?)", tanyanya kembali.
"Na'am, injileezi," jawabku sambil tersenyum.
"Ah.. I english no good," jawab beliau dengan senyuman mesra.
Beliau kembalikan passportku sambil mengucap, "As-Salamu 'alaykum."
"Wa 'alaykum as-Salamu wa rahmatullah wa barakatuh," jawabku dengan senyum mesra.
Sambil aku beredar, aku terfikir, apa dia masalah dgn kastam Saudi? Aku baru sahaja dilayan dengan baik, bahkan penuh mesra.
Itu silapnya jemaah kita, bahkan juga jemaah Malaysia, sebagaimana aku perhatikan. Kita terlalu terpengaruh dengan apa yang orang khabarkan tentang kastam Saudi sehingga kita tidak terfikir pun untuk saksikan sendiri, atau cuba menerima hakikat bahawa ianya soal adat/culture yang berbeza.
Dalam kita menghampiri kaunter kastam, muka masam ataupun muram. Tiada senyuman mesra, apatah lagi ucapan salam.
Sedangkan yang bertugas itu kan saudara seagama kita.. di manakah rasa ukhuwwah dan kasih sayang kita kepada saudara seagama?
Benarlah kata kumpulan nasyid Raihan, "Senyum tanda mesra, senyum tanda sayang, senyuman itu tanda keimanan."
Maka saudara-saudaraku.. senyumlah.. murahkan senyumanmu sebagai tanda mesra dan rahmah.. sesungguhnya kita umat Rasul pembawa rahmah, yang sering mengukir senyuman pada sesiapa sahaja yang dilaluinya sallAllahu 'alaihi wa sallam.
Renungkanlah...
No comments:
Post a Comment