As-Salamu 'alaykum wa rahmatullah.
Walaupun malam Nisfu Sya'ban telah pun berlalu, ana rasa tidak menjadi masalah kalau ana memberi sedikit ulasan mengenainya, untuk dijadikan iktibar dan diambil pengajaran.
Semalam di kuliah Ustaz Abu Farouq di Toh Guan, Ustaz turut mengulas tentang sambutan Nisfu Sya'ban, di mana Ustaz menyatakan terdapat banyak buku yang mengulas tentangnya, namun cukuplah Ustaz membawa satu sahaja buku bagi mewakili buku-buku yang lain, iaitu kitab al-Ibda' fi Madharil-Ibtida' oleh Syeikh 'Ali Mahfuz, salah seorang Kibarul Ulama al-Azhar.
Ustaz Abu Farouq memulakan dengan persoalan kepada mereka yang menyambut Nisfu Sya'ban, khususnya para asatizah dan ulama Singapura yang mengajak kepadanya:
Apakah mereka tidak menghormati Imam al-Syafi'i, Imam an-Nawawi dan ulama-ulama hadith?
Syeikh Ali Mahfuz menyebutkan di dalam kitabnya tersebut bahwa sambutan atau amalan Nisfu Sya'ban adalah bid'ah yang keji.
Ini adalah kerana di kalangan ulama hadith, tiada hadith sahih yang menetapkan fadhilat malam Nisfu Sya'ban.
Hal ini disebabkan hadith-hadith mengenainya adalah dha'if (lemah) ataupun maudhu' (palsu).
Imam an-Nasa'i menyebutkan bahawa hadith-hadithnya (yakni berkenaan fadhilat malam Nisfu Sya'ban) adalah matruk (ditinggalkan).
Al-Hafizh adz-Dzahabi pula menyebutkan bahawa hadith-hadithnya dha'if.
Manakala Imam Abu Syamah (seorang ahli hadith yang bermadzhab Syafi'i) menyebutkan bahwa tiada hadith yang sahih tentangnya (yakni tentang fadhilat malam Nisfu Sya'ban). Malah, beliau menasihatkan agar jangan lihat hadith-hadithnya.
Al-Hafizh al-Iraqi pua berkata bahawa hadith-hadith Nisfu Sya'ban adalah maudhu' dan pembohongan ke atas Nabi.
Manakalah Imam an-Nawawi (tokoh madzhab Syafi'i, malah digelar sebagai asy-Syafi'i kedua) mengharamkan sambutan majlis Nisfu Sya'ban, kerana ianya bid'ah yang munkar. Hal ini disebutkan di dalam kitabnya Al-Majmu'.
[Maka, di sini ana tanyakan, apakah ustaz-ustaz kita ini bersikap amanah dalam menyampaikan da'wah Islam kepada masyarakat? Sedangkan mereka menyampaikan hadith-hadith yang dha'if dan maudhu' berkenaan Nisfu Sya'ban dan menyeru masyarakat kepadanya! Subhanallah..
Apakah benar mereka bermadzhab Syafi'i? Jika benar, mengapakah mereka tinggalkan kenyataan Imam an-Nawawi bahawa sambutan majlis Nisfu Sya'ban adalah bid'ah yang munkar? Mengapakah mereka tidak menghormati Imam an-Nawawi dan ulama-ulama hadith, atau mereka anggap diri mereka lebih baik daripada Imam an-Nawawi dan ulama-ulama hadith?
Apakah mereka lupa bahawa Imam asy-Syafi'i mengatakan, "Jika suatu hadith itu sahih, maka itulah madzhabku"? Sehinggakan beliau mengatakan agar kita meninggalkan pendapatnya jika bertentangan dengan hadith-hadith sahih! Subhanallah.. maka, kesimpulannya, mazhab Syafi'i adalah apa yang didasarkan kepada hadith-hadith sahih!]
Seorang peserta di Paltalk pula bertanya, apakah benar Nisfu Sya'ban termasuk amalan Syi'ah kerana menyambut kedatangan Imam Mahdi?
Ustaz jawab bahawa ya, benar. Lalu, beliau mengingatkan kita bahawa Sufi diasaskan oleh Yahudi yang bernama Abdullah ibn Saba'. Begitu juga Syi'ah diasaskan oleh Abdullah ibn Saba'. Maka memang wujud persamaan antara Sufi dengan Syi'ah.
Ustaz mengakhiri persoalan ini dengan sedikit nasihat daripada Imam al-Lalika'i:
"Sedikit beramal tetapi berdasarkan Sunnah adalah lebih baik daripada banyak beramal tetapi bid'ah."
Begitu juga beliau mengingatkan kita dengan kaedah yang ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir (yang juga bermazhab Syafi'i):
"Lau kaana khairan lasabaquuna ilaihi"
[Jika sesuatu amalan itu baik, nescaya mereka (para Sahabat) akan terlebih dahulu mengamalkannya.]
Wallahu a'lam.
PS. Ana menyeru kepada para asatizah dan ulama di Singapura agar bersikap amanah dalam menyampaikan da'wah Islam kepada masyarakat. Dan jika mengaku sebagai bermazhab Syafi'i, maka fahamilah betul-betul mazhab Syafi'i.
Janganlah jadi ulama Suu' sebagaimana yang disebutkan Imam al-Ghazali. Walaupun Imam al-Ghazali banyak menyebutkan hadith-hadith dha'if, maudhu' dan la 'aslalahu (tiada asalnya) di dalam kitabnya Ihya' 'Ulumuddin, beliau tetap akui bahawa ilmunya tentang hadith amat cetek. Sehinggakan pada akhir hayatnya beliau bertaubat dan mula membaca kitab-kitab hadith seperti Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Malah, diriwayatkan bahawa Imam al-Ghazali wafat dalam keadaan memegang kitab Sahih Bukhari ke atas dadanya. Subhanallah..
Wallahu a'lam wal-Musta'an.

No comments:
Post a Comment