Friday, September 22, 2006
Mengadaptasikan muzik dengan agama/da'wah?
Ana sebenarnya ingin mengajak kita semua fikir dan merenung kembali isu-isu yg kita hadapi dengan fikiran yg lebih matang di bawah naungan al-Qur'an dan as-Sunnah, berdasarkan pemahaman kaum Salaf as-Salih.
Apakah ustaz = selebriti sesuatu formula yg boleh kita terima?
Apakah wajar kita menyambut kedatangan Ramadhan dgn muzik?
Kita[1] mengatakan hukum muzik itu ada khilaf di kalangan ulama. Betulkah demikian? Atau ianya hanya khilaf di kalangan ulama2 muta'akkhirin? Sedangkan para ulama terdahulu rata-rata mengharamkannya.. setidak2nya memakruhkannya..
Kita boleh melihat hujjah2nya di dlm buku "Music & Singing in the Light of the Qur'an and the Sunnah" oleh Abu Bilal Mustafa al-Kanadi. Boleh juga ke laman berikut: http://members.tripod.com/oum_abdulaziz/music.html
Lalu kita memilih fatwa ulama kontemporer seperti Dr Yusuf al-Qaradawi yang menghalalkan muzik. Apakah kita telah memahami fatwa ulama-ulama terdahulu berkenaan hukum muzik sebelum kita mempertimbangkan antara kedua fatwa tersebut? Apakah wajar kita mengunggulkan fatwa al-Qaradawi di atas fatwa-fatwa para ulama terdahulu?
Fikirkanlah..
Beberapa tahun yang lalu, kita mengetahui akan Gereja City Harvest yg berjaya menarik dan memikat jemaah yang ramai menghadirinya kerana ianya menawarkan konsep "mass" yg berbeza.. yakni dengan mengadakan persembahan muzik pop sebagai sebahagian dari upacara "mass"..
Memang dlm agama Nasrani, muzik dan nyanyian merupakan sebahagian daripada agama mereka.. bahkan, juga da'wah mereka..
Maka, dgn menampilkan "ustaz-ustaz" menyanyi dan bermuzik persis golongan artis dan selebriti dalam berda'wah, apakah kita ingin menyerupai agama Nasrani dalam berda'wah?
[Al-Maklum.. dulu, kalau disebut Nasyid, ianya nyanyian yg disertai alat-alat muzik yg disebut "percussion".. Sekarang, macam-macam ada.. drum, gitar elektrik.. sampaikan kumpulan Nasyid dah jadi mcm boyband lagu pop yg lain.. lihat saja UNIC.. sampaikan ada orang yang menyifatkannya sebagai NSync "versi Islam".. subhanallah..]
Apakah kita dah tidak ada cara lain lagi untuk berda'wah sehingga kita perlu mengadaptasikan muzik ke dalam da'wah (dgn menggunakan fatwa-fatwa yg goyang hujjahnya), lantas menjadikan kita menyerupai kaum Nasrani?
Sedangkan kita semua tahu akan hadith yg menyebutkan bahawa barangsiapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia tergolong di dalamnya...
Sekarang ana ajak para pembaca merenung kembali sirah Rasulullah sallAllahu 'alayhi wa sallam..
Pada zaman Arab jahiliyyah, masyarakat Arab memang tak terlepas dari hiburan muzik dan syair.. Tapi adakah kita melihat Rasulullah sallAllahu 'alayhi wa sallam menggunakan muzik untuk menarik para belia dan pemuda pada zamannya seperti Abdullah ibn Umar, Abdullah ibn 'Abbas, Anas bin Malik dan pemuda-pemuda selain mereka ridhwanullahi 'alayhim? Tidak sedikit pun!
Lalu apa yg membuat kita fikir kita perlu mengadaptasikan muzik ke dalam agama, ke dalam da'wah Islamiyyah? Apakah kita sudah tiada lagi modal untuk da'wah? Sempit sungguh pemikiran kita jika kita beranggapan muziklah cara yg terbaik untuk menarik para belia.
Abdullah ibnu 'Abbas radhiyAllahu 'anhuma pernah ditanya tentang hukum muzik. Beliau berkata, "Aku menghukumkannya sbgmana yg dihukumkan di dlm al-Qur'an dan as-Sunnah."
Beliau lalu ditanya, "Maka, adakah anda membolehkannya?"
Ibnu 'Abbas lalu menjawab, "Bagaimanakah pandangan engkau ttg kedudukan muzik di Akhirat kelak? Adakah ia bersama kebenaran atau kebatilan?"
Si penanya menjawab, "Kebatilan."
Ibnu 'Abbas jawab, "Nah, aku telah memberikan fatwaku kepadamu."
[Riwayat ini ditukil langsung dari ingatan, maka ana tak dapat menyebut sumbernya. Moga Allah mengampuni ana atas kekurangan dlm menukil riwayat tersebut.]
Apakah kita tidak mahu mengambil iktibar dari kata-kata sahabat yg bernama Ibnu 'Abbas radhiyAllahu 'anhuma? Sedangkan kita sewajarnya mengambil iktibar dan pedoman dari para sahabat ridhwanullahi 'alayhim kerana Rasulullah sallAllahu 'alayhi wa sallam telah menyifatkan mereka sebagai sebaik-baik generasi! SubhanAllah..
Disebut pula orang tentang adik Fariqin yg melagukan rap tentang Ramadhan.. bersama seorang ustaz lagi.. kononnya ianya membuatnya lebih menghayati Ramadhan dan ibadah puasa..
Kita perlu sedar.. remaja yg rap, kalau boleh, semuanya nak di"rapping"kan.. Ini sebagaimana yg dikatakan "ustaz nasyid" dari M'sia, Ust Akil Hayy..
Ana tukil dari beliau:
"Bayangkan kalau barzanji tu di'rapping'kan.. "al-jannatu wa na'im.. yo yo yo yo.."
"ye aw, ye aw.."
"Tak ke pening kepala budak (bayi) tu?"
Adakah ianya suatu yg boleh kita terima? Skrg lagu Ramadhan di'rapping'kan.. esok, barzanji pula.. lusa pula, al-Qur'an atau selawat di'rapping'kan pula? wa iyaadzu billaah..[2]
Maka, apakah dgn ana mengambil sikap tegas mengatakan muzik itu haram, atau mengatakan ianya syubhat dan ustaz-ustaz kita tak sepatutnya jatuh ke dalam syubhat tersebut.. apakah dengan mengambil sikap demikian, ana dikira ingin menjadi "eksklusif"?
Hukum tetap hukum, tidak boleh berkompromi (no compromise)!
Apakah jika seseorang itu mengambil pendirian tidak mahu menyertai majlis tahlil dgn pendirian bahawa ianya makruh lagi bid'ah, kita lihatnya sbg bersikap "eksklusif" kerana tidak mahu bersama2 dgn majoriti masyarakat dlm amalan "bid'ah hasanah" tersebut? Adakah demikian?
Sdgkan ulama Nusantara yg masyhur, Syeikh Daud Fatani sendiri menghukumkan kenduri tahlil sbg makruh lagi bid'ah. Begitu juga dgn ulama Indonesia, Syeikh Abdullah al-Banjari.
Maka, apakah orang itu akan tetap kita lihat sebagai bersikap "eksklusif" sedangkan dia mempertahankan yang haq?
Justeru, begitu juga dgn isu ini.
Maka, renungkanlah wahai pembaca-pembaca yg budiman...
Wallahu a'lam.
_____________________
Nota kaki:
[1] "Kita" di sini merujuk kepada pandangan/anggapan orang ramai. Inilah yg dimaksudkan di sepanjang tulisan ini.
[2] Di sini, ana hanya tukil sebagai hujjah tambahan.. ana sama sekali tidak menyetujui amalan barzanji, tidak pula menyetujui "ustaz nasyid" tersebut..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Baarakallaahu feeka yaa akhi wa jazaakallaahu khairan!
Wa feek aidan.
Asalnya sebuah emel kepada seorang kenalan.
Sayang sekali, walaupun dia mengenali da'wah Salafi, dia lebih bersifat Ikhwani, ingin merangkumkan segala yg ada menjadi satu, persis Hasan al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin.
Dalam hal ini, beliau telah memilih utk menghormati setiap pendapat yg ada, walaupun seharusnya beliau tahu pendapat yg menghalalkan muzik itu teramat goyang.
Wallahu al-Musta'an.
Post a Comment