
______________
My thoughts.. My journey in learning the manhaj of adhering to the Qur'aan and the Sunnah upon the understanding of the Salaf as-Saalih.. My inspirations.. My life..









The Islaamic ruling regarding (Ayatollah) Khomeini
Hanya apabila 3 syarat tersebut dipenuhi baru seseorang itu dikira beriman.
Sedangkan anda wahai Syi'ah beri'tiqadkan bahawa hati dan lidah boleh bertentangan demi memelihara fahaman kamu, dan kamu namakannya "taqiyyah"!
Malah, ayat al-Qur'an "Inna akramakum 'indAllaahi atqaakum" (sesungguhnya manusia yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa di kalangan kamu) anda tafsirkan dengan erti kata taqiyyah!
Lalu saya menegaskan sebagaimana yang ditegaskan Shaykh al-Islam Ibnu Taimiyyah bahawasanya agama ini adalah berdasarkan taqwa bukan taqiyyah!
Sekarang saya tanya kepada anda, anda berpegang kepada taqiyyah dan menganggapnya sebagai 9 daripada 10 bahagian agama.. lalu apakah yang buat anda fikir kami kaum Sunnah akan dapat mempercayai anda dan berdamai dengan anda?
Sebab depan kami anda akan berbaik-baik, di belakang kami bagaimana pula?
4) Di dalam Minhajus-Sunnah an-Nabawiyyah, Shaykh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menyebutkan bahawa kerjasama antara kaum Syi'ah dan kaum Yahudi adalah sesuatu yang cukup diketahui lagi masyhur!
5) Imam Abu Hanifah rahimahullah berkata: "Barangsiapa yang meragui sama ada mereka (kaum Syi'ah) adalah kafir, dia sendiri telah kufur."
6) Imam Malik rahimahullah mengatakan, "Jangan berbicara dan jangan meriwayatkan daripada mereka, kerana mereka sesungguhnya adalah pendusta."
Kenyataan para ulama terdahulu tentang Syi'ah Rafidhah:
www.allaahuakbar.net/shiites/what_do_scholars_of_ahlusunnah_tell_about_shias.htm
7) Poin 3 hingga 6 jelas menunjukkan kami kaum Sunnah tidak akan dapat mempercayai anda, lalu bagaimana mungkin kami dapat berdamai dengan anda?
8) Anda menyebutkan fatwa Sheikh al-Azhar, Sheikh Mahmud Syaltut dan juga fatwa Muis. Ketahuilah kedua fatwa tersebut tidak membawa erti apa-apa kerana bertentangan dengan fatwa para ulama muktabar terdahulu.
Adalah menarik Anda menyebutkan Sheikh Mahmud Syaltut sebagai "al-Imamul-Akbar" sedangkan kami kaum Sunnah tak pernah menggunakan gelaran tersebut kepada para ulama kami, tidak pula kepada para ulama muktabar terdahulu seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'i dan Imam Ahmad rahimahumullah.
Apakah anda menggunakan gelaran tersebut kerana beliau membenarkan mazhab anda?
9) Anda menyebutkan bahawa mazhab Ahlulbait/Ja'fari/Syi'ah dan majoriti Ahlus Sunnah wal Jama'ah tidak ajar untuk mengkafirkan golongan antara mazhab-mazhab lain selagi mereka masih beriman kepada Allah, menerima Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir dan beriman kepada hari kiamat.
Ya, memang benar. Akan tetapi, kekufuran anda adalah sesuatu yang jelas, dan dipersaksikan oleh para ulama muktabar terdahulu.
Ya, anda beriman kepada Allah, menerima Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir dan beriman kepada hari kiamat. Tetapi anda juga berpegang bahawa kalimah at-Tayyibah atau dua kalimah syahadah perlu ditambah dengan kalimah "wa 'Ali waliyyullah" (dan Ali adalah wali Allah). Dan anda berpegang bahawa kalimah at-Tayyibah yang tidak menyebutkan "wa 'Ali waliyyullah" adalah batal.
Justeru, anda sendiri menghukum kami kaum Sunnah sebagai kafir, sekalipun di depan kami anda akan menafikannya!
Anda beri'tiqad bahawa 12 imam Ahlul Bayt bermula daripada Saiyidina 'Ali radhiyAllahu 'anhu adalah ma'shum (terpelihara daripada dosa) sedangkan bagi kami, kema'shuman itu hanya sifat para nabi.
Anda beri'tiqad bahawa para imam mengetahui hal-hal yang ghaib dan memiliki ilmu tentang masa lalu, masa kini dan masa sekarang sedangkan sifat itu tidak dimiliki oleh para nabi. Para nabi 'alaihimussalam hanya mengetahui hal-hal ghaibiyyah yang dikhabarkan Allah kepada mereka.
Dalam erti kata lain, anda memuliakan dan mengangkat darjat para imam melebihi para nabi! Subhanallah..
Anda mengkafirkan dan membenci jumhur (majoriti) Sahabat, terutama sekali Abu Bakar, Umar dan Uthman radhiyAllahu 'anhum. Anda menghukum Abu Bakar dan Umar sebagai pengkhianat dan munafiq.
Dalam kitab-kitab anda, anda muatkan hadith-hadith palsu yang cukup menjijikkan. Antaranya:
Nabi sallAllahu 'alaihi wa sallam pernah tidur di bawah satu selimut bersama Ali dan Aisyah. Lalu Nabi bangun untuk solat malam, meninggalkan Ali dan Aisyah di dalam selimut. (Bihar al-Anwar, jilid 40, Mulla Baqir al-Majlisi)
Imam Ja'far bin Muhammad mengatakan, Nabi sallAllahu 'alayhi wa sallam biasa meletakkan mukanya ke dada anaknya Fatimah sebelum Baginda masuk tidur. (Bihar al-Anwar, jilid 43, Mulla Baqir al-Majlisi)
Belum lagi kenyataan yang membolehkan liwat dan suami menyetubuhi dubur isteri, wa iyadzu billah...
"Berhati-hatilah daripada mengahwini orang Negro kerana mereka adalah makhluk yang cacat." (al-Kafi, Jilid 5) Subhanallah.. inikan racism...
Untuk pengetahuan lanjut, sila baca:
www.allaahuakbar.net/shiites/absurdities_of_ithnaashari_works.htm
Lalu bagaimana kami dapat mempercayai dan berdamai dengan kamu?
Namun, kepada para pembaca sekalian, perlu difahami bahawa saya dan para ulama Salafi sama sekali tidak mengisytiharkan perang kepada mereka kaum Syi'ah. Kita berhubungan dengan mereka sebagaimana kita berhubungan dengan orang kafir.
Wallahu a'lam.
(Nota: Saya akan kemukakan beberapa penjelasan para ulama tentang Syi'ah dalam penulisan seterusnya.)
